Duit OnlineKehidupanTeknologi

Chia Hard Disk Crypto Mining ?

Chia Hard Disk Crypto Mining

Baru-baru ini, agak panas isu mengenai Chia Network, iaitu blockchain yang menggunakan hard disk crypto mining. Ya, jika sebelum ini kebanyakan cryptocurrency menggunakan graphic card (GPU) untuk mining, tetapi sedikit berbeza untuk Chia Network.

Chia telah dicipta oleh network protocol engineer Bram Cohen, pencipta BitTorrent dan menggunakan consensus algorithm dari Bitcoin yang dipanggil sebagai ‘Proof of Space and Time’.

mining chia crypto

Secara ringkasnya, Chia akan menggunakan unused storage disk untuk install software yang akan menyimpan koleksi cryptographic numbersĀ  ke dalam ‘plots’ dan ‘user’ atau ‘farmer’ akan scan plots untuk mendapatkan hash.

Chia dikatakan lebih baik berbanding cryptocurrency yang lain kerana ianya adalah inovasi daripada Nakamoto consensus algorithm dimana tidak menggunakan tenaga yang tinggi seperti cryptocurrency lain yang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi semasa proses mining menggunakan graphic card (GPU).

chia inflation

Menurut laman FAQ dari laman web rasmi Chia Network, selepas pre-farm, farming rewards adalah sehingga 64 chia untuk setiap 10 minit. Untuk 12 tahun pertama, farming rewards akan menjadi separuh untuk setiap 3 tahun manakala untuk tahun ke 13 dan seterusnya, rewards akan kekal pada 4 chia untuk setiap 10 minit.

Pada pandangan peribadi saya, Chia cryptocurrency ini mempunyai potensi yang besar juga memandangkan prosesnya yang unik dan lebih ‘mesra alam’. Kita tidak tahu sejauh mana chia ini boleh pergi, tetapi bagi golongan yang suka mengambil peluang, tidak salah untuk mencuba.

Walaupun begitu, terdapat juga kesan daripada kewujudan chia ini dimana hard disk sudah mula mendapat permintaan yang tinggi dan harga yang semakin tinggi memandangkan mining sudah boleh dilakukan menggunakan hard disk. Tengok sahaja harga GPU pada waktu sekarang melambung hampir 2-5 kali ganda walaupun second hand.

chia network

Untuk maklumat lanjut mengenai Chia Network ini, anda boleh layari laman rasmi mereka disini : https://www.chia.net.

Apa pendapat anda mengenai Chia Network yang menggunakan hard disk crypto mining ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Cara Membuat Pembelian Bitcoin : https://amirazman.my/cara-membuat-pembelian-bitcoin.

Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Leave a Comment