KehidupanSosialTeknologi

Review Mpow BH415 Air Wireless

Review Mpow BH415 Air Wireless

Memandangkan ramai juga yang hype dengan Mpow BH415 Air Wireless Gaming Headset ini, jadi ini adalah review ringkas saya setelah sebulan menggunakannya. Untuk pengetahuan anda, sebelum ini saya pernah menggunakan Razer Kraken 2019 jadi berkemungkinan saya akan compare berdasarkan pengalaman penggunaan bagi kedua-duanya.

Anda boleh lihat review saya dalam setahun 4 bulan penggunaan Razer Kraken 2019 disini : https://amirazman.my/review-headset-razer-kraken-2019. Untuk pengetahuan anda, saya masih lagi menggunakan Razer Kraken 2019 tersebut sehingga kini.

Untuk pengetahuan anda, saya beli Mpow Wireless ini melalui Shopee Mpow Official Store yang stoknya berada di China kerana harganya lebih murah (RM170) berbanding Mpow Official Store yang mempunyai stok di Malaysia tetapi harganya lebih mahal (RM269). Walau bagaimanapun, stok dari China akan ambil masa untuk sampai ke Malaysia, tetapi dari pengalaman pembelian saya, ianya mengambil masa 5 hari sahaja.

mpow os china

Link produk : https://shopee.com.my/Mpow-BH415-Air-1-2.4GHz-Wireless-Gaming-Headset-with-Double-Chamber-Drivers-for-PS5-PS4-PC-i.98700418.6136307879.

mpow official malaysia

Link Produk : https://shopee.com.my/Mpow-Air-Wireless-2.4g-Gaming-Headset-Gamiing-Headphone-for-PS4-PS5-PC-Noise-Cancelling-Bass-Gaming-Headphones-i.348510064.6674475281.

Review penggunaan Mpow BH415 Air Wireless Headset :

  1. Versi terkini mic ni undetachable. Jadi mic ni melekat disitu walaupun pada situasi yang tidak memerlukan mic. Agak annoying juga rasa kadang-kadang bila nampak mic tu depan mata.
  2. Sound daripada mic agak nice, cuma kedengaran seperti sedikit dicompress sahaja dan mempunyai noise cancellation. Lebih baik berbanding pelbagai headset gaming pada range harga yang sama diluar sana.
  3. Cable pada setiap earpad tidak begitu tebal/secure. Scary tengok. Kucing gigit ni putus oo. Haha. Janganlah terlanggar bucu meja or tersangkut dekat mana-mana.
  4. Headband strap pada bahagian yang berlanggar dengan rambut jenis lembut. Rasanya takkan tahan lama dan akan dusty tak lama lagi sebab sering bergesel dengan rambut lebih-lebih lagi jenis berminyak.
  5. Saiz earpad tidak sebesar Razer Kraken. Bagi mereka yang suka oval ear shape earpad mungkin akan rasa kurang selesa sebab earpad akan menekan telinga.
  6. Clamp force ditelinga lebih kuat berbanding Razer Kraken. Mungkin juga kerana earpadnya tidak setebal Razer Kraken jadi rasa clamp force tu lebih kuat.
  7. Tiada Cooling Gel Earpad. Tetapi mungkin boleh beli Earpad 3rd party seperti misodiko dan dapatkan versi cooling gel earpad.
  8. Mpow Air Wireless , seperti namanya support wireless connection. Sangat bagus berbanding jenis bluetooth sebab low latency jadi memang tiada isu delay. Sangat sesuai untuk gaming walaupun secara wireless. Tetapi ianya menggunakan USB dongle untuk connect sebagai wireless headset.
  9. Penggunaan secara wireless yang agak lama, agak puas hati dengan battery life yang ditawarkan. Sangat jarang charge.
  10. Mempunyai 3D Audio experience, tetapi tiada 7.1 surround sound.
  11. Bagi saya headset ini seperti over bass sehingga kadangkala menenggelamkan detailed sound lain.

mpow air wireless blue

Pendapat peribadi saya, untuk kegunaan gaming seperti PUBG, PUBG Mobile atau untuk mendengar muzik atau menonton movie mungkin sesuai menggunakan Mpow Air Wireless headset ini. Bagi saya yang hanya bermain game DOTA 2, apabila menggunakan headset ini merasakan seperti certain sound dicompress dan bass yang tinggi membuatkan sesetengah detailed sound hilang. jadi saya lebih prefer menggunakan Razer Kraken 2019 yang memberikan suara yang lebih kedengaran ‘original’ dan tidak terlalu ‘bassy’ semasa bermain DOTA 2.

Ini berdasarkan preference saya, mungkin bagi pengguna lain akan merasakan pengalaman penggunaan yang berbeza.

Walau bagaimanapun, dengan harga headset sekitar RM170, saya boleh katakan apa yang ditawarkan pada Mpow BH415 Air Wireless Headset sangat berbaloi.

mpow air wireless pc ps4 mac

Bagaimana pula dengan pengalaman anda menggunakan headset ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Jika berminat dengan informasi mengenai teknologi, IT dan telekomunikasi, boleh join group Telegram ini : https://t.me/TechNTelco.

Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Leave a Comment