BisnesDuit OnlineKehidupanSosialTelekomunikasi

Taktik Scammer Resit Bank Palsu

Taktik Scammer Resit Bank Palsu

Post ‘Taktik Scammer Resit Bank Palsu’ ini adalah sambungan daripada post saya sebelum ini ‘Kes Scam Penipuan Resit Palsu‘, tetapi post pada kali ini lebih menjurus kepada bagaimana taktik atau modus operandi scammer ini jalankan kegiatan mereka dan menipu penjual.

taktik scammer resit palsu

Secara tiba-tiba anda akan menerima resit daripada mereka dan terus minta produk berkaitan atau tidak berkaitan dengan yang anda tawarkan. Sekiranya anda tidak ingin melakukan jualan, mereka akan minta refund sedangkan sebenarnya mereka tidak membuat pun pembayaran tersebut, hanya menunjukkan resit yang palsu.

taktik scam resit palsu

Kebiasaannya scammer akan ‘mendesak’ dan buat penjual ‘lalai/leka’ apabila perlu buat keputusan pantas. Mereka akan missed call atau sebagainya untuk menarik perhatian penjual dan membuatkan penjual terburu-buru.

Waktu mereka buat transaksi  dan menghubungi penjual kebanyakannya adalah waktu penjual berkemungkinan besar lalai atau mamai. Kebiasaannya dalam jam 11 malam sehingga 8 pagi.

Screenshot yang digunakan tiada maklumat lengkap. Jika ada, nampak ianya edit/palsu dan tiada pembayaran diterima pada akaun bank penjual. Boleh lihat screenshot dari scammer dibawah, boleh dilihat pada bahagian nama memang agak obvious yang ianya telah diedit dan noise tidak sekata dengan tulisan lain.

scammer resit 0175189872

Walaupun diberikan screenshot resit transaksi bank, pastikan semak akaun bank anda terlebih dahulu sebelum deliver produk atau servis. Jika tiada kemasukan pembayaran tersebut ke bank anda, tunggu sehingga masuk jika mereka menggunakan GIRO Transfer (GIRO Transfer biasanya akan mengambil masa 1-3 hari bekerja). Jangan deliver produk atau servis selagi pembayaran tidak diterima.

Taktik Scammer Resit Bank Palsu

Ambil tahu mengenai reference transaksi tersebut. Terdapat bank yang menggunakan tarikh transaksi pada reference transaksi seperti AM Bank. Anda juga boleh semak dengan pihak bank secara direct menggunakan reference number transaksi tersebut.

Sebagai contoh gambar diatas, scammer menggunakan reference number transaksi pada 31 Mac 2021 sedangkan scammer keparat ini menghantar screenshot pada saya pada hari ini iaitu 22 Mei 2021. Selain itu, anda juga boleh lihat interface AM Bank terkini mempunyai design Selamat Hari Raya manakala screenshot yang diberi pula tiada.

Kepada seller dan penjual diluar sana, saya sangat berharap anda semua dapat berhati-hati dengan scammer resit begini dan pastikan pembayaran telah diterima, barulah anda proceed untuk deliver servis atau produk yang ditawarkan.

Semoga post ‘Taktik Scammer Resit Bank Palsu’ ini dapat membantu anda sedikit sebanyak mengenalpasti bagaimana modus operandi atau taktik scammer ini untuk mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa.

Saya juga telah menyenaraikan beberapa nombor scammer yang pernah saya encounter sendiri dan akan saya kemaskini dari semasa ke semasa. Anda boleh rujuk senarai tersebut disini : Kes Scam Penipuan Resit Palsu. Semoga bermanfaat.

Senarai Scammer Topup Malaysia : https://topupniaga.com/list-scammer-topup-malaysia.

Daftar Dealer & Agen Topup : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

9 Comments

  1. Ainon najihah binti azahari
      • Ainon najihah binti azahari
      • Shiina98
  2. Ainon najihah binti azahari
  3. Shiina98

Leave a Comment

https://www.google.com/recaptcha/api.js?onload=wpcaptcha_captcha&render=6Ld90CcqAAAAAGRM_S_EH9SD2eU2f_Xy6u02WhMF&ver=1.23