KehidupanTeknologiTelekomunikasi

Masalah Sambungan Unifi Ke Server Singapore

Masalah Sambungan Unifi Ke Server Singapore

Bertemu lagi dengan saya dalam rancangan Masalah Sambungan Unifi ke International Server. Masalah yang sama berlaku pada tahun lepas bulan Mei juga anda boleh rujuk pada post saya sebelum ini : https://amirazman.my/masalah-sambungan-unifi-ke-ovh-hosting.

Sejak 7 Mei lagi saya perasan connection Unifi dah bermasalah untuk ke sesetengah server (yang saya perasan ke Singapore) seperti Digital Ocean, Linode dan OVH Hosting yang kebanyakannya daripada kita akan guna.

Ya, Unifi user sahaja. Sekiranya mereka menggunakan hotspot mobile data, isu ini tidak terjadi.

Apakah impak daripada masalah connection ini ?

  1. Latency/ping connection pengguna Unifi untuk ke server luar berkemungkinan tinggi. Apabila ini berlaku, website akan jadi lebih perlahan untuk diakses daripada biasa.
    Cara semak ? Ping IP server anda. Kebiasaannya isu ni berlaku pada waktu malam 9-11 malam, tetapi mungkin boleh berlaku juga pada waktu siang kadangkalanya (depends on Unifi issue). Sepatutnya latency jika ke Singapore mungkin paling tinggi pun mencecah 50ms, tetapi apabila isu ni berlaku, boleh mencecah sehingga 500ms.
  2. Kadangkala terdapat packet loss/request time out. Jadi faham-fahamlah bila packet loss berlaku, maksudnya website mungkin akan dipaparkan down atau sebagainya Jika packet loss berlaku dalam tempoh masa yang panjang.
  3. Anda sendiri akan perasan delay berlaku apabila melakukan connection ke server seperti menggunakan terminal atau sebagainya.

Ini hanyalah informasi kepada semua, mungkin ada yang perasan dan kesah, atau ada yang tidak kesah kerana merasa tidak affect website anda sekalipun.
Macam biasa, saya dah pun buka laporan kepada pihak Unifi, tetapi mungkin akan ditutup seperti tahun lepas. Isu ni selesai pun lepas saya report ke SKMM tetapi tiada informasi yang detailed dan jelas diberikan kepada saya.

Dan tahun ini, berlaku lagi, sama juga pada bulan Mei. Jika anda merasakan anda terkesan dengan isu ini, mungkin anda juga boleh sama-sama membuat laporan kepada pihak Unifi.
Atau mungkin sebagai informasi tambahan sahaja sekiranya anda tidak terkesan dengan isu ini.

*** Kadang-kadang, bukan server hosting kita yang bermasalah, tapi connection/route dari ISP yang bermasalah.
*** Data pada gambar dibawah berdasarkan dari smokeping OVH dan SG GS.smokeping ovh
Rujuk data smokeping dari OVH Hosting secara live disini : http://sgp.smokeping.ovh.net/smokeping?target=APAC.AS4788.
smokeping sggsRujuk data smokeping dari Network SG GS disini : http://network.sg.gs/smokeping/?target=Malaysia.TMNet.

Kemaskini : 25 Mei 2021.
Saya menerima panggilan daripada TM mengenai laporan yang saya buat. Katanya, pihak teknikal mengatakan mereka tidak boleh berbuat apa-apa dan minta saya untuk menghubungi hosting server yang digunakan. Saya minta mereka untuk forward isu ni sekali lagi memandangkan isu ini pernah diselesaikan pada tahun lepas dan saya nyatakan mengenai route optimization dan informasi daripada beberapa senior hosting company di Malaysia.

Selain daripada menggunakan OVH Hosting dan Digital Ocean, baru-baru ini saya ada cuba juga membuat pembelian server dari Alibaba Cloud untuk menguji latency/ping daripada mereka. Daripada result pingplotter saya pada malam ini, ianya juga agak mengecewakan seperti dibawah.
pingplotter alibaba2
**Penafian. VPS ni kosong. Takda install apa-apa. Memang beli setakat nak test ping sahaja.

masalah main game guna unifimasalah main game

Pada jam 10.20 malam pula, ada yang PM saya mengenai isu ini juga, berkemungkinan beliau menjumpai post saya pada tahun lepas yang telah selesai pada hujung Mei 2020, tetapi isu ini terjadi semula pada awal Mei 2021.

Kemaskini : 26 Mei 2021.
Pada hari ini saya menerima panggilan dari TM mengenai isu ini sama ada sudah selesai atau belum. Pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut meminta saya untuk menyemak keadaan pada malam ini dan berikutnya dan maklumkan kepada mereka.

Saya pun tiada masalah untuk buat semakan latency/ping dari Unifi, kali ini kita guna beberapa datacenter di Singapore. Kebiasaannya latency ini hanya sekitar 20~40 jika masalah ini tidak berlaku.

Alibaba Cloud (Singapore).
alibaba cloud 26 may 2021 digital ocean 26 may 2021
OVH (Singapore).
ovh hosting 26 may 2021
Linode (Singapore).
linode 26 may 2021
Diatas adalah diantara VPS & Server provider yang sering digunakan yang berada di Singapore. Seperti anda lihat, latency/ping saya boleh katakan agak tinggi dan tidak sama seperti waktu normal kecuali Linode yang kelihatan agak baik tetapi mempunyai sedikit request time out.

Mengapakah isu high latency yang sering berlaku dari jam 9 malam sehingga 12 malam ini sering berlaku kepada pengguna Unifi sahaja, tetapi tidak terkesan kepada pengguna lain seperti mobile data hotspot ? Adakah disebabkan route connection daripada Unifi yang kurang optimized berbanding yang ditawarkan oleh telco lain ?

Kemaskini : 27 Mei 2021.
Saya ada membuat post di group TM Unifi Members sebagai awareness untuk melihat adakah orang lain juga sedar mereka mempunyai masalah connection ke international menggunakan Unifi pada jam 9-12 malam. Ada yang memberi komen juga terkesan dengan isu ini dimana mereka mengatakan mengalami masalah untuk mengakses telegram, twitter dan discord sejak bulan ini. Dan betul memang isu ini berlaku dengan teruk bermula pada 7 Mei 2021 seperti yang saya tekankan pada awal post ini.

tm unifi membersvalorant
Kemaskini : 28 Mei 2021.

Pada hari ini, post saya di group FB Unifi Malaysia SuperGroup sudah approved dan mendapat komen seperti dibawah. Saya perlu screenshot awal-awal kerana saya lihat post saya di TM Unifi Members seperti diatas telah dipadam oleh moderator/admin dan saya telah diblock. Mungkin bagi mereka post saya ‘berbahaya’ kerana saya mengajak orang lain buat report juga mengenai isu ini.

unifi malaysia supergroup

Menurut ruangan komen pada post tersebut, terdapat juga pengguna Unifi yang telah membuat laporan kepada pihak Mobile Legends juga dan menurut laporan beliau, memang isu high ping latency tu berlaku sekitar jam 8 malam sehingga 12 malam.

report mobile legend

Semalam ada saya buat ping/latency ke twitter dan discord tetapi saya tidak ambil screenshot sebab fikir ping setinggi itu adalah normal around 200~400ms. Rupanya apabila saya test pada tengahari ini, rupanya sepatutnya ia lebih rendah jika isu ini tidak terjadi.

Jadi saya screenshot dahulu dibawah untuk memudahkan urusan laporan ke TM/SKMM. Pingplotter ini dibuat dalam sekitar 2.00 petang.

Pingplotter Twitter :
result pingplotter twitter

Pingplotter Discord :
result pingplotter discord

Kita akan bandingkan dengan result pingplotter pada waktu isu ini terjadi sekitar 8-12 malam nanti.

Baik dibawah adalah result pingplotter untuk Twitter dan Discord lebih kurang jam 9.45 malam.

Pingplotter Twitter :

result pingplotter twitter malam

Pingplotter Discord :

result pingplotter discord malam

Anda boleh lihat, resultnya hampir 30 kali ganda lebih teruk daripada ping/latency pada waktu normal sedangkan laman web ini sebenarnya sering digunakan kerana merupakan diantara laman sosial utama diseluruh dunia.

Kemaskini : 29 Mei 2021.

Malam ini jam 9.15 malam, latency/ping ke twitter.com sangat teruk sehingga 680ms dan terdapat packet loss manakala untuk discord.com pula mencecah sehingga 400ms.

pingplotter twitter 29 mei 2021 pingplotter discord 29 mei 2021

Ini baru latency/ping media sosial, belum lagi pada game server yang bertapak di Singapore dan sebagainya. Digital Ocean, OVH, Alibaba Cloud hampir semuanya terkesan. Yang saya tengok agak elok hanyalah Linode, tetapi masih ada sedikit packet loss.

Saya harap pengguna atau staff TM/Unifi yang berkaitan boleh tengok video dibawah, contoh mudah apabila isu ini terjadi. Contoh mudah ini saya gunakan Twitter. Tetapi bukan Twitter sahaja, banyak lagi website serta game server yang terkesan dengan isu ini yang berlaku sekitar 8 malam sehingga 12 malam.

 

Kemaskini : 30 Mei 2021.

alibaba answer equinix

Saya ada cuba email Equinix untuk mendapatkan kepastian mengapakah isu ini terjadi semasa Unifi melalui route mereka tetapi mereka tidak disclose apa-apa information kecuali kepada pengguna berdaftar mereka sahaja. Kemudian, saya ada cuba minta Alibaba Cloud yang cuba berurusan dengan equinix, tetapi menurut Alibaba Cloud, perlu menunggu Equinix optimized network circuit memandangkan network nodes biasanya hanya dikawal oleh network operator.

Hari ini juga saya dapat panggilan daripada TM mengenai isu ini. Saya sangat tekankan kepada mereka bahawa isu ini bukan isu fizikal, tetapi berkaitan dengan network. Daripada info yang beliau beritahu, beliau kurang pasti cara untuk ‘tolak’ case ini ke bahagian network semula sebab kebiasaannya mereka akan hantar repair team untuk semak dan close report. Jadi saya ambil keputusan untuk buat laporan ke SKMM.

twitter 831pm

Rasa macam dah banyak bagi result, jadi malam ni tak tahu nak buat apa, kita tunjuk evolution dari latency rendah kepada latency tinggi. Anda boleh tengok gambar pingplotter diatas, 8.31 malam sahaja terus latency/ping naik.

Tengah scroll Facebook, rasa Facebook slow. Try pingplotter target facebook.com. 1k ping.

facebook pingplotter

Kemaskini : 31 Mei 2021.

Hari ini, 2 kali pegawai TM telefon saya dan saya sekali lagi tekankan isu ini berkaitan dengan network, bukan fizikal. Pegawai TM yang menelefon saya pada kali ini sepertinya faham setelah saya inform isu ini dengan lebih terperinci.

Saya ingin tekankan, saya tidak menggunakan apa-apa VPN, dan tidak menukar apa-apa DNS kecuali yang telah ditetapkan secara default oleh TM. Result saya diatas juga merupakan result default setting tanpa VPN, tanpa menukar apa-apa DNS.

Kemudian, saya juga telah memberikan link post ini sebagai rujukan mudah sebab saya akan sentiasa update isu ini disini. Kemungkinan dalam masa terdekat kita akan lihat ‘seseorang’ muncul di ruangan komen dibawah.

Untuk malam ini, saya cuma ambil pingplotter sahajalah untuk Facebook, Twitter, IP OVH Hosting dan IP Alibaba Cloud sewaktu isu ini mula-mula terjadi. Boleh lihat perubahan latency dari rendah ke tinggi.

pingplotter facebook 31mei 2021 pingplotter twitter 31 mei 2021 pingplotter alibaba 31mei 2021 pingplotter ovh hosting 31mei 2021

Kemaskini : 1 Jun 2021.

Untuk hari ini, saya menerima email dari MCMC daripada laporan yang saya buat tetapi masih belum ada apa-apa tindakan lanjutan yang terjadi, hanyalah makluman bahawa laporan tersebut telah dibuka. Tiada juga panggilan telefon yang diterima daripada pihak TM pada hari ini.

Kemudian seawal tengahari ini, isu ini telah pun bermula. Latency/ping ke sesetengah laman media sosial serta server international seperti web server dan game server juga terkesan.

Untuk malam ini result hampir sahaja sama, tiada perubahan. Macam biasa latency/ping tinggi. Facebook dan Twitter juga terkesan.

Kemaskini : 2 Jun 2021.

Hari ini juga, tiada panggilan daripada pihak TM mengenai isu ini buat masa sekarang. Untuk waktu malam punya, saya lihat latency/ping ke sesetengah server semakin baik walaupun masih terdapat request time out, tidaklah teruk seperti hari-hari sebelumnya. Ping ke Twitter masih ada sedikit request time out manakala ke Facebook, OVH dan juga Digital Ocean masih lagi mempunyai latency/ping yang tinggi.

Kemaskini : 3 Jun 2021.

Untuk hari ini, saya lihat ada penambahbaikan daripada pihak TM kerana saya lihat connection ke Linode, Alibaba Cloud kelihatan lebih baik dan stabil dari sebelum ini. Masih ada sedikit intermittent tetapi masih boleh diterima kerana ianya tidaklah begitu teruk.

Ini adalah petanda baik, terdapat inisiatif yang dilakukan oleh pihak TM, dan mungkin akan menjadi lebih baik pada masa akan datang (harapnya).

Walau bagaimanapun, connection ke Twitter masih lagi mempunyai request time out walaupun ping/latency rendah. Facebook masih lagi kekal stabil dengan latency sekitar 250~350ms (agak tinggi) dan Digital Ocean pula masih lagi mempunyai latency/ping sekitar 160ms dan request time out (mungkin mereka tidak akan ubah route ini).

Untuk ke OVH pula walaupun lebih baik dari sebelum ini, tetapi masih juga berlaku high latency yang mencecah sehingga 250ms bermula sekitar jam 9 malam. Kita boleh lihat melalui data smokeping Network SG GS dan smokeping dari OVH.

network sggs 3 june 2021ovh 3 june 2021

Kemaskini : 4 Jun 2021.

Untuk hari ini, kelihatan hampir sama sahaja seperti semalam. Tapi jika dibandingkan dengan hari-hari sebelum ini sejak 7 Mei yang lepas, antara hari yang terbaik buat masa ini.

Kemaskini : 5 Jun 2021.

Saya boleh katakan untuk hari ini isu ini semakin teruk berbanding 2 hari yang lepas. Waktu tengahari juga isu ini terjadi lebih kurang 2 jam. Waktu malam pula dilihat bermula tepat pada jam 9 malam. Tiada request time out untuk Twitter tetapi latency/ping kelihatan seperti sebelum ini menjadi tinggi. Facebook, OVH dan Digital Ocean juga dilihat mengalami latency/ping yang tinggi juga. Yang elok saya lihat hanyalah ke Alibaba Cloud untuk malam ini.

twitter 5 jun 2021facebook 5 jun 2021ovh 5 jun 2021linode 5 jun 2021digital ocean 5 jun 2021alibaba cloud 5 jun 2021

Kemaskini : 6 Jun 2021.

Untuk hari ini, sales Lazada, Shopee sudah semestinya menggunakan bandwith yang banyak ke server Singapore. So memang seperti yang dijangka, hari ini akan lebih teruk dari semalam. Waktu petang dan malam isu ini berlaku seperti yang selalunya berlaku.

Nak share sesuatu yang ada dalam Wiki, tak pasti siapa yang edit. Boleh lihat disini : https://en.wikipedia.org/wiki/Internet_in_Malaysia.

international routing

Kemaskini : 8 Jun 2021.

Sehingga hari ini, masih tiada call dari TM, sudah hampir seminggu. Laporan di SKMM/MCMC juga masih tiada kemaskini dari pihak TM. Namun sehari dua ini banyak referral ke post ini. Ada yang terkesan dan jumpa post ini daripada group PC Gaming Community Malaysia dan Twitter.

Nanti 8.30 malam sharp saya akan post pingplotter ke 8 destination dan waktu yang seterusnya.

  1. Server Provider (Singapore) : Alibaba Cloud, Linode, OVH, Digital Ocean.
  2. Social Media : Facebook, Twitter, Discord, Twitch.

pingplotter 8 jun 8.30pm
pingplotter 8 jun 9.00pm
pingplotter 8 jun 9.45pm
Seperti yang anda lihat, malam ini latency/ping tidak seteruk petang tadi tetapi terdapat banyak packet loss yang berlaku.

Kemaskini : 10 Jun 2021.

Semalam serta hari ini ada saya terima panggilan dari pihak TM untuk update mengenai isu ini. Saya telah berikan maklumat yang hampir sama seperti result diatas iaitu packet loss yang berlaku serta high latency ke beberapa target. Saya boleh katakan kebanyakan connection sudah semakin baik kecuali masalah packet loss yang masih lagi berlaku. Sama juga pada waktu malam.

Cuma malam ini, ada satu post bermanfaat dimana tuan Numan Harun meminta user-user telco untuk buat simple test ke https://speed.cloudflare.com. Anda boleh tengok post tersebut disini : https://www.facebook.com/groups/UNiFiSuperGroup/permalink/1619089918424879.

Berdasarkan post tersebut, kita boleh lihat latency pelbagai telco yang gunakan speed cloudflare test tersebut. Anda boleh lihat pengguna Unifi mempunyai high latency berbanding telco lain. Daripada apa yang saya lihat, server Hong Kong digunakan dan sebab itulah high latency berlaku semasa membuat test tersebut.

Kemaskini : 11 Jun 2021.

Malam ini, masih ada packet loss tetapi agak kurang. Kalau nak dibandingkan dengan bulan Mei yang lepas, kira macam acceptable walaupun masih terdapat packet loss kadang-kadang. Nampak ada usaha dari pihak TM untuk menyelesaikan isu ini. Ping ada sedikit naik turun tetapi saya boleh katakan acceptable, tidak seteruk bulan lepas. Mungkin dalam masa terdekat kita boleh dapat result yang lebih baik ? Harapnya begitu.

pingplotter 11 jun 2021 9pm

Sangkaan saya meleset. Sekitar jam 9.45 malam, packet loss semakin bertambah. Malas nak ambil pingplotter sebab result hampir sama sahaja seperti beberapa hari lepas.

Kemaskini : 12 Jun 2021.

Alhamdulillah, sekitar jam 3 pagi saya lihat location di http://speed.cloudflare.com kembali menunjukkan Singapore, tempat asalnya berbanding sebelum ini yang tersesat di Hong Kong. Perubahan ini juga sepertinya membuatkan latency/ping ke Digital Ocean juga menjadi semakin baik. Kita lihat bagaimana waktu peak nanti. Jika isu packet lost juga semakin kurang dan bertambah baik, mungkin sudah hampir sampai masa untuk kita close report ? Harapnya begitu.

Pada jam 4.18 pagi, ke Hong Kong semula, dan Uturn semula ke Singapore sekitar 8 pagi. Pada jam 3 petang saya semak juga masih Singapore. Petanda baik. Latency ke sesetengah server game juga semakin baik seperti Path of Exile (info dari forum Lowyat).

Saya juga menerima SMS technical report saya dengan TM sudah ditutup. Tetapi report saya ke MCMC masih lagi status investigation, jadi apa-apa saya boleh update disana.

Untuk malam ini, saya boleh katakan latency semakin baik dari sebelum ini memandangkan route telah berubah semula ke Singapore, tetapi masih terdapat isu packet loss, saya pun tidak pasti adakah pihak TM dapat selesaikan isu ini. Jadi saya terfikir untuk pingplotter ke website aduan SKMM sendiri.

pingplotter aduan skmm

Anda boleh lihat, pingplotter ke website aduan SKMM sendiri mengalami latency yang tinggi serta packet loss yang banyak. Saya akan hantar pingplotter result ini ke tempatnya, iaitu ke website aduan SKMM (MCMC) sendiri.

Kemaskini : 13 Jun 2021.

Saya tak rasa nak buat pingplotter ke pelbagai server sangat hari ini, sebab pingplotter ke website SKMM juga sudah mencecah hampir 20% packet loss. Speechless.

pingplotter aduan skmm2

Kemaskini : 15 Jun 2021.

Saya ada cuba buat pingplotter sekitar jam 8 malam ke aduan.skmm.gov.my iaitu website utk submit aduan masalah telekomunikasi kepada SKMM. 37% packet loss. Tak pasti bila Unifi atau TM ingin menyelesaikan isu ini.

pingplotter 15 jun 2021 skmm

Kemaskini : 17 Jun 2021.

Sebelum ini, saya pernah buat post di Unifi TM Members untuk dapatkan confirmation betul atau tidak user Unifi lain ada isu connection pada waktu malam.

Tengok-tengok kena block terus dari group tersebut, tak sampai sehari post itu dibalas. Memang ada diantara mereka pada awalnya seperti ‘tidak ambil port’ dan mengatakan connection tersebut tak termasuk dalam SLA penggunaan.

Mandatory Standards for Quality of Service (MSQOS) seharusnya perlu dikemaskini dan diperhalusi dengan segera. Malaysia banyak bergantung dengan server luar sebagai route connection lebih-lebih lagi yang sering digunakan oleh majoriti pengguna seperti media sosial, dan sebagainya.

Kebanyakan telco lain tidak mempunyai masalah yang sama disebabkan BGP Peering yang berbeza dan memandangkan telco tersebut merupakan antara yang terbesar, jadi majoriti pengguna di Malaysia pasti akan terkesan.

Cuma mereka tidak tahu mengapa, tidak tahu ingin describe bagaimana, sedangkan isunya adalah serupa. Itu belum kira yang tidak buat report atau ignore sahaja walaupun mengganggu penggunaan seharian.

screenshot live chat tm admitscreenshot tm unifi members admit
Sehari dua ini, saya ada terima PM dari rakan di Facebook serta forum dimana pihak TM kini mengakui memang ada isu dengan connection international.

Katanya isu ini akan diselesaikan pada 30 Jun 2021, tetapi masih belum ada apa-apa maklum balas baru lagi buat masa sekarang.

Sama-sama kita lihat. Harap isu ini selesai sepenuhnya dan tidak terjadi lagi. Takkan tiap tahun nak kena buat report yang sama atas isu yang sama, bukan ?

Kemaskini : 24 Jun 2021.

Hari ini akhirnya saya terima email dari TM mengenai laporan saya ke SKMM seperti dibawah.

email tm

Tiada panggilan diterima tetapi hanya melalui email sahaja. Dan yang mengejutkan saya, laporan di SKMM tersebut tiba-tiba bertukar menjadi resolved sedangkan pada email tersebut sudah dinyatakan oleh pihak TM sendiri anggaran masa isu ini diselesaikan pada 30 Jun 2021. Jadi saya reopen semula isu ini untuk memastikan isu ini betul-betul selesai sekurang-kurangnya dalam tempoh 7 hari, barulah saya setuju untuk letakkan status sebagai resolved.

laporan skmm

Daripada forum thread yang saya buka di Lowyat, ada yang mengatakan terdapat bandwith tambahan ke SGIX. Dan saya lihat di https://www.sgix.sg/peering-members sememangnya bandwith terkini 100 GB.

sgix bandwith

Jadi malam ini saya akan buat semakan dan sekiranya tiada masalah dalam masa seminggu, barulah saya akan close report SKMM untuk kali ini. Dan terima kasih kepada pihak TM/Unifi kerana mendengar dan mencari jalan penyelesaian terhadap isu yang kami alami ini.

Result pingplotter 9.52 Malam 24 Jun 2021.

pingplotter 24 jun 2021

Dari IP test saya boleh katakan connection ke OVH Hosting yang melalui SGIX dan Digital Ocean yang melalui Equinix agak smooth.

Tapi untuk Linode, website Aduan SKMM boleh dilihat masih ada packet loss, lebih-lebih lagi untuk aduan SKMM tersebut memang kelihatan sangat jelas terlalu banyak packet loss terjadi (kedua-dua web ini saya lihat melalui pccwglobal).

Tapi ada improvement la berbanding sebelum ini, lagi banyak yang terjejas teruk dengan packet loss.

Saya akan monitor dalam masa seminggu ini untuk melihat adakah ianya akan menjadi lebih baik atau tidak dan saya akan close report sekiranya semakin bertambah baik.

Apa-apapun saya ucapkan tahniah kepada pihak TM/Unifi diatas usaha untuk memberikan pengalaman penggunaan internet yang terbaik kepada pengguna. Begitu juga kepada pengguna Unifi yang banyak membantu membuka mata syarikat telekomunikasi terhadap isu ini.

aduanskmm2

Kemaskini : 25 Jun 2021.

Untuk hari ini, waktu petang pun memang isu packet loss high latency ini terjadi dengan sangat teruk. Anda boleh lihat packet loss 30% keatas dan saya pasti ramai yang merasakan pengalaman penggunaan internet Unifi hari ini agak teruk. Daripada apa yang saya lihat, kebanyakan yang teruk ini aksesnya melalui route yang sama seperti website aduan SKMM iaitu pccwglobal. Saya dapat rasakan route pccwglobal ini sangat bermasalah tidak pasti sama ada bandwith yang tidak mencukupi (congested) atau sebagainya.

route pccw

Saya mohon kepada mereka yang membuat laporan ke SKMM mengenai isu ini tempoh hari, jika masih mengalami isu ini, sila reopen semula laporan ini supaya pihak yang sepatutnya dapat alert dan aware dengan isu ini.

Kemaskini : 30 Jun 2021.

Bermula dari 2 hari lepas, connection route pccwglobal nampaknya sudah tak kelihatan dan ada yang beri informasi di forum Lowyat, hari ini terdapat private peering TM dengan OVH 40 GB, jadi ini juga merupakan satu khabar yang sangat baik. Saya boleh katakan connection sudah semakin baik dan semakin baik buat masa sekarang. Walaupun terdapat sedikit packet loss lagi tapi bagi saya ianya masih boleh diperbaiki atau diterima memandangkan dibawah 2%.

Sekiranya masalah sambungan ini tidak menjadi lebih teruk dalam masa 7 hari, saya akan close report saya di SKMM. Buat masa ini tiada panggilan telefon atau sebagainya daripada TM yang saya terima semenjak saya reopen case tersebut atau dengan lebih tepat semenjak 9 Jun 2021.

Kemaskini : 15 Julai 2021.

Sehingga ke hari ini, tiada panggilan yang dibuat oleh pihak TM kepada saya untuk follow up isu yang telah saya reopen di aduan SKMM. Masih ada yang mengatakan mengalami isu yang hampir serupa yang mungkin menggunakan route yang berbeza, atau route yang tiba-tiba berubah menjadikan latency atau ping lebih tinggi daripada biasa.

Namun memandangkan untuk penggunaan kebiasaan saya telah boleh diakses seperti sediakala, saya bercadang untuk menutup isu ini, tetapi dalam usaha untuk meminta compensation atau pengurangan pembayaran memandangkan mengalami isu ini hampir 2 bulan sejak 7 Mei 2021 yang lepas. Sudah lebih 3 minggu tiada follow up sejak saya reopened case ini dari pihak TM.

tm tidak follow up aduan skmm

Sekiranya sehingga hujung Julai ini pihak TM masih lagi tidak reply, saya akan close sahaja di aduan SKMM dan batalkan sajalah niat saya untuk dapatkan pengurangan pembayaran bil.

Kemaskini : 18 Ogos 2021.

Hari ini akhirnya, dapat kemaskini laporan dari pihak TM setelah hampir 2 bulan tiada apa-apa balasan pada laporan SKMM yang saya buat. Anda boleh lihat screenshot tersebut dibawah.

laporan skmm ogos

TM menyatakan tiada lagi isu ini dan ya, saya tidak lagi alami isu ini dalam penggunaan saya. Walaupun begitu, saya lihat masih ada lagi isu yang dilaporkan pada post saya di Forum Lowyat, tetapi saya akan tutup laporan saya disini memandangkan saya sudah tidak alami isu ini dalam penggunaan saya.

Dan pihak TM juga memberikan saya rebat sebanyak RM15 untuk tempoh gangguan perkhidmatan yang kita alami satu Malaysia pada waktu itu.

Apa-apa pun, saya lega kerana ramai yang sudah ambil tahu dan cakna dengan isu internet yang mereka hadapi. Jika tahun lepas saya rasa seperti ‘berjuang’ berseorangan untuk isu ini, tetapi untuk kali ini terasa sepertinya kita bersama-sama. Terima kasih kepada semua.

** Saya minta anda yang mempunyai isu lebih kurang sama, berikan informasi server seperti IP dan sebagainya kerana saya akan gunakan post ini sebagai informasi serta rujukan kepada pihak TM. Informasi daripada saya mungkin hanya merangkumi beberapa jenis server yang sering digunakan oleh web developer sahaja yang mana kebanyakannya menggunakan server di Singapore.

Rujukan :
Post saya di Forum Lowyat : https://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=5149798.
Post saya di Unifi Community : https://community.unifi.com.my/t5/General-Discussion/Masalah-Connection-Unifi-Fibre-Ke-International-Pada-Sekitar-8/m-p/50989#M4020.
Post saya di group FB TM Unifi Members : https://www.facebook.com/groups/tmunifimembers/permalink/4177050439021601.
Post saya di group FB Unifi Malaysia SuperGroup : https://www.facebook.com/groups/UNiFiSuperGroup/permalink/1608965292770675.
Post saya di group FB Programming Laman Web +UI/UX : https://www.facebook.com/groups/jomweb/?multi_permalinks=5486790941392530.
Post saya di group FB Kedai Kopi WordPress : https://www.facebook.com/groups/kedaikopiwordpress/?multi_permalinks=4402957513048076.

4 Comments

  1. Samael
  2. Fryee

Leave a Comment

https://www.google.com/recaptcha/api.js?onload=wpcaptcha_captcha&render=6Ld90CcqAAAAAGRM_S_EH9SD2eU2f_Xy6u02WhMF&ver=1.23