KehidupanSosialTeknologi

Review Headset Razer Kraken 2019

razer kraken 2019

Sengaja lewat saya buat review headset Razer Kraken 2019 ini, kerana saya ingin lihat bagaimana kualitinya dalam tempoh penggunaan yang lama. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa variasi produk Razer Kraken sebagai contohnya Kraken X, Kraken Ultimate dan pada tahun 2019, ianya dikenali dengan nama Razer Kraken 2019. Saya membelinya di platform Shopee pada pertengahan Ogos 2019 dengan harga sekitar RM330.

Menurut laman rasmi Razer kini, harganya mencecah 80 USD iaitu jika ditukar kepada matawang Malaysia, sekitar RM330, namun saya lihat ada dijual di Shopee pada harga sekitar RM250. untuk versi ini, earpadnya dilengkapi dengan Cooling Gel Layer dimana penggunaannya dalam jangka masa yang lama dalam keadaan yang selesa dan tidak terasa panas seperti kebanyakan headset gaming.

cooling gel layer razer

Struktur headset ini juga kelihatan agak kukuh dan masih ‘berfungsi’ sehingga hari ini. Suara daripada mikrofonnya saya boleh katakan biasa-biasa dan sesuai untuk gamer dan Razer juga sertakan extension cable yang juga berfungsi sebagai audio splitter. Kabelnya juga saya jangkakan boleh tahan dalam tempoh masa yang lama.

Review dibawah ini adalah berdasarkan penggunaan saya secara harian menggunakan headset ini berjam-jam dan penggunaan ini adalah di dalam bilik yang tiada penghawa dingin.

Penggunaan 2-3 bulan pertama :

Penggunaan 2-3 bulan pertama sangat baik dan tiada isu. Cooling Gel Layer pada earpad betul-betul memberikan pengalaman yang baik semasa menggunakannya dalam tempoh masa yang lama. Terasa ‘cool’ di telinga semasa menggunakannya.

Penggunaan 4-6 bulan :

Pada waktu ini, Cooling Gel Layer sudah mula rasa kurang efektif. Sudah mula terasa panas jika menggunakan headset ini untuk tempoh masa yang panjang. Kualiti suara, mikrofon masih berada dalam keadaan yang baik.

Penggunaan 8 bulan :

Pada awalnya, saya sering menggunakan volume control yang ada pada kabel. Namun pada waktu ini, volume control sudah mula ‘tergelungsur’ keluar dari landasan dan menyebabkan scrolling volume tersebut sepertinya sudah tidak berapa pada ruang gear yang sepatutnya. Namun ini hanyalah masalah kecil kerana volume masih boleh dikawal melalui telefon pintar atau PC. Saya biarkan sahaja volume control pada maksimum.

Penggunaan 10 bulan :

Earpad headset ini sudah mula peeling off dan cat hijau pada besi headset ini sudah mula kelihatan menggelupas dan tertanggal. Begitu juga pada padding hijau yang mempunyai jenama Razer, mungkin disebabkan oleh penggunaan pada suhu yang tidak sejuk dan sering terlanggar dengan rambut semasa menggunakannya membuatkannya tertanggal sedikit demi sedikit.

Dibawah adalah keadaan Razer Kraken 2019 setelah 1 tahun 4 bulan menggunakannya. Ada yang saya tanggalkan sendiri cat dan peel off dari cushion earpad sebab memang akan ada yang tercabut sendiri semasa menggunakannya.

razer kraken peeling offrazer kraken dustyrazer kraken replacementrazer kraken review

Jika ditanya adakah saya suggest Razer Kraken headset ini untuk penggunaan gaming dan kasual ?

Jawapan saya, YA.

Tetapi adalah lebih baik jika digunakan pada bilik yang mempunyai penghawa dingin, memungkinkan earpad dan keadaan headset ini dalam keadaan yang baik dalam tempoh masa yang lebih lama dan anda sanggup membelanjakan sekitar RM300 hanya untuk sebuah headset yang berjenama Razer.

Pada waktu ini, saya sedang mencari earpad cooling gel layer dan padding yang berkualiti untuk replacement memandangkan keadaan bahagian tersebut sahaja yang saya rasakan bermasalah dan masih berfungsi dengan baik.

Sekiranya anda mempunyai suggestion atau cadangan untuk replacement tersebut, atau review penggunaan Razer Kraken 2019 anda sendiri, kongsikan pada ruangan komen dibawah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Razer Kraken, anda boleh layari laman rasmi mereka : https://www.razer.com/gaming-headsets/razer-kraken.

Anda Mempunyai Masalah Noise Pada Speaker ? Klik Disini : https://amirazman.my/masalah-noise-pada-usb-speaker.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.

Leave a Comment