Sebagai pemilik konsol Nintendo Switch, pernah atau tidak anda melihat game Nintendo Switch dijual dengan sangat murah secara ‘Share Account’ di Shopee atau di mana-mana platform E-Commerce ? Ramai yang tertanya-tanya, legit atau dengan harga yang sangat murah sehinggakan ada yang mencecah RM50 sahaja untuk sesebuah game yang sepatutnya berharga 50~60 USD.
Saya memang agak curious bagaimana ‘gameplay’ Game Share Account ini, jadi saya cuba untuk membeli satu game dari salah seorang seller di Shopee. Kebiasaannya, terdapat beberapa set jualan sama ada normal atau full (termasuk DLC) yang disediakan oleh seller diantaranya :
- Set A (kebiasaannya berharga RM50-RM100) : Anda akan diminta untuk menggunakan akaun Nintendo Switch yang disediakan oleh seller untuk memuat turun game tersebut. Untuk memainkan game tersebut, anda diminta untuk mengaktifkan sambungan internet untuk login ‘Share Account’ tersebut dan perlu matikan penggunaan internet sama ada menyahaktifkan sambungan wireless atau mengaktifkan Airplane Mode selepas game tersebut berjaya dibuka.
- Set B (kebiasaannya berharga RM100~150) : Anda akan diminta untuk menggunakan akaun Nintendo Switch yang disediakan oleh seller untuk memuat turun game tersebut dan anda boleh menggunakan akaun anda sendiri untuk memainkan game tersebut tanpa sambungan internet dan digalakkan permainan dimainkan secara offline.
Terdapat pelbagai masalah yang boleh terjadi memandangkan akaun yang digunakan adalah akaun yang dikongsi, diantaranya :
- Seller berkemungkinan menggunakan ‘Black Wallet’ iaitu pembelian melalui kredit kad/debit kad dari sumber yang haram dan bila-bila masa akses game tersebut boleh ditarik balik oleh pihak Nintendo Switch sekiranya berlaku chargeback atau sebagainya.
- Memandangkan akaun yang diberikan dikongsikan bersama pelanggan-pelanggan seller yang lain, terdapat kemungkinan dimana password akaun tersebut ditukar. Lebih parah lagi jika seller tidak bertanggungjawab untuk memberikan akses semula kepada pembeli.
- Untuk Set A seperti yang dijelaskan diatas, jika terdapat pengguna dari akaun yang dikongsi yang tidak menutup penggunaan internet, pengguna yang lain tidak akan dapat untuk memainkan permainan tersebut memandangkan akaun sedang digunakan oleh konsol lain.
Point terakhir diatas adalah apa yang terjadi kepada saya berdasarkan pengalaman menggunakan akaun game yang dikongsi ini. Mungkin terdapat pengguna yang terlupa atau sengaja tidak menutup penggunaan internet dan konsol anda tidak dibenarkan untuk mengakses permainan tersebut memandangkan sedang digunakan pada konsol yang lain.
Bagi mereka yang tertanya-tanya bagaimana proses perkongsian akaun ini dijalankan, anda boleh lihat bagaimana perkongsian game melalui perkongsian akaun bersama rakan anda boleh dilakukan disini : https://www.businessinsider.my/can-you-gameshare-on-nintendo-switch. Inilah cara-cara bagaimana seller digital games sebegini dapat membuat duit dengan cara ‘share account’.
Jika ditanya pendapat saya berkenaan share account Nintendo Switch ini, adalah lebih baik untuk mendapatkan game yang anda minati secara fizikal atau digital menggunakan Nintendo E-shop dan elakkan daripada menggunakan akaun yang dikongsi agar boleh diakses dan dimainkan dalam jangka masa yang panjang dan selamat.
Walaupun begitu, terdapat juga seller yang menjual game digital dengan memberikan code untuk tambah nilai Nintendo Eshop dan sebagainya yang lebih selamat berbanding dengan perkongsian akaun. Namun, sekiranya anda rasa berbaloi dengan risiko-risiko diatas untuk mendapatkan digital game dengan harga yang lebih murah, ianya terletak pada tangan anda.
Nintendo Switch Bermasalah Connect Wifi 5GHz ? Baca disini : https://amirazman.my/masalah-nintendo-switch-wifi-5ghz.
Review Awal Saya Menggunakan Nintendo Switch : https://amirazman.my/review-nintendo-switch-di-malaysia.
Nintendo Switch Lite Zacian and Zamazenta Edition : Dapatkannya disini.
Nintendo Switch Enhanced Battery Neon Console Foc Original PowerA Bag + T/Glass : Dapatkannya disini.
7 in 1 Accessories for Nintendo Switch : Dapatkannya disini.