KehidupanTeknologi

Jualan Balik Melalui MyASNB

Jualan Balik Melalui MyASNB

Dengan pengumuman kemudahan jualan balik atau pengeluaran melalui MyASNB pada 20 April 2020 yang lalu, saya boleh katakan laman portal online MyASNB secara asasnya sudah lengkap dengan pilihan transaksi seperti pelaburan tambahan, jualan balik, pemindahan serta penukaran.

Anda boleh ketahui kelebihan portal MyASNB pada tahun 2018 disini : https://amirazman.my/kelebihan-portal-online-myasnb.

transaksi myasnb

Untuk kemaskini terbaru pada 20 April 2020 yang lepas, secara keseluruhannya MyASNB kini :

  1. Pelabur boleh memaparkan jumlah nilai pelaburan dan juga rekod urusniaga terkini.
  2. Pelabur boleh menyemak penyata akaun sama ada penyata tahunan, penyata pegangan dan juga penyata urusniaga terperinci.
  3. Memudahkan untuk pelabur membuat pelaburan dana baru pada unit amanah yang tersedia pada MyASNB.
  4. Kemaskini maklumat peribadi secara online termasuklah maklumat perbankan untuk urusan jualan balik.
  5. Maklumat berkenaan produk unit amanah yang tersedia pada MyASNB.
  6. Fungsi Auto Labur dimana pelaburan akan dilakukan secara debit terus melalui akaun bank.
  7. Halaman Maklum Balas Pelanggan.

Jika sebelum ini transaksi hanya terhad kepada pelaburan dana baru serta pelaburan tambahan sahaja, kini pengguna sudah boleh membuat jualan balik secara online dengan mudah melalui portal MyASNB. Walau bagaimanapun, terdapat syarat-syarat yang ditetapkan untuk urusan jualan balik seperti yang tertera dibawah.

kriteria jualan balik myasnb

Jumlah minimum yang dibenarkan untuk membuat jualan balik adalah sebanyak RM100 manakala maksimum hanyalah terhad kepada RM500 sahaja bagi semua unit amanah sebulan. Transaksi pula dihadkan sebanyak 3 kali sahaja sebulan. Sekiranya anda ingin membuat transaksi melebihi had yang diberikan, anda boleh pergi ke cawangan bank atau pejabat pos terdekat untuk membuat pengeluaran secara terus.

cara keluar asb online

Untuk membuat transaksi jualan balik, terdapat beberapa notis penting yang telah digariskan untuk memastikan transaksi berjaya dihantar ke akaun bank yang betul. Pelabur perlu mengemaskini maklumat peribadi serta maklumat perbankan untuk mengelakkan sebarang masalah transaksi berlaku. Jumlah jualan balik akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh 1 hari bekerja.

Anda boleh layari laman rasmi ASNB disini : https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php untuk penerangan terperinci berkenaan kemudahan pengeluaran dalam talian menggunakan MyASNB.

Leave a Comment