Pernah atau tidak anda mengalami masalah LOS menyala pada modem Unifi anda ? Ya, keadaan dimana lampu berwarna merah berkelip-kelip atau menyala pada indikator LOS modem anda. Pada kali ini saya akan kongsikan pengalaman saya menangani masalah ini dengan lebih terperinci.
Pada awalnya, saya telah mengalami masalah lampu LOS menyala pada modem Unifi ini sejak hari pertama pemasangan Unifi 100Mbps lagi dimana selepas 2 jam pemasangan dan penggunaan, lampu LOS menyala dan internet serta panggilan tidak dapat digunakan. Tanpa berlengah saya terus hubungi kontraktor yang membuat pemasangan tersebut, tetapi masalah tersebut selesai sendirinya setelah hampir 4 jam masalah lampu LOS tersebut menyala.
Pelik. Tetapi disebabkan ini kali pertama saya membuat pemasangan Unifi fibre, saya beranggapan mungkin ini adalah proses ‘upgrade’ sistem memandangkan saya sebenarnya dalam status upgrade daripada 10Mbps Unifi Lite kepada 100Mbps Unifi plan. Masalah LOS menyala ini jarang berlaku, sehinggalah pada minggu yang berikutnya.
Pada minggu yang berikutnya, saya alami masalah ini berkali-kali sehingga 2-3 kali dalam sehari dengan downtime yang sangat tidak menentu. Dengan hati yang panas, minda yang barai, dan pada waktu itu saya assume Unifi di kawasan saya masih baru dan tidak stabil, saya terus menghubungi AskTM Livechat pada pautan : https://livechat.tm.com.my dan membuat report berkenaan masalah ini.
Setelah saya terima report ID number, keesokannya kontraktor pemasangan TM hubungi saya untuk mengenalpasti masalah yang saya alami dan menetapkan masa untuk mereka datang ke rumah saya untuk memeriksa modem serta prosedur yang selanjutnya. Setelah mereka membuat semakan, tiada masalah yang dapat mereka kenalpasti memandangkan masalah ini berlaku secara random atau rawak.
Untuk pengetahuan umum, masalah LOS menyala pada modem ini berlaku disebabkan oleh berkemungkinan wayar fibre putus atau tidak berada pada port yang sepatutnya di tiang Unifi yang menyebabkan modem tidak menerima apa-apa signal atau sambungan daripada kabel tersebut. Walau bagaimanapun, dalam kes saya ini, mereka membersihkan kabel Unifi pada port di tiang Unifi dan masalah tersebut tidak lagi saya alami sehingga kini.
Diharap post kali ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah ini sekiranya berlaku pada modem Unifi anda. Sebelum ini, saya juga pernah kongsikan bagaimana cara untuk mendapatkan kelajuan terbaik Unifi dan pengalaman pemasangan Unifi pada pautan yang akan saya sertakan dibawah.
Speed Unifi Tidak Seperti Dijanjikan?
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau pengalaman yang ingin anda kongsikan, anda boleh nyatakan pada ruangan komen dibawah. Selamat menjalani ibadah pada bulan Ramadhan serta dipermudahkan urusan harian anda.
Ingin Membuat Pemasangan Unifi ? Klik disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-unifi.
Masalah signal WiFi anda lemah ? Gunakan Mesh WiFi ini : https://shope.ee/20Sc4WkydO.
sama dengan saya,hari ni baru pasang unifi 100mbps. after two hours line problem then bila tengok routers dengan los merah. i dah call maintenance they solve the problems. then after several hours jadi balik benda sama. apa sepatutnya yang saya perlu buat ya?
Call mereka semula dan katakan masih berlaku.
Mungkin sambungan mereka ‘tidak kemas’ atau cable bermasalah.
Dalam kes saya, mereka bersihkan cable wifi pada kotak TM dan isu ini selesai.
Saya 3 Hari pasang dah ada problem ni
Lampu los berkelip2
Contact Unifi terus tuan.
Semoga dipermudahkan urusan. Musim cuti pula sekarang, semua tergendala.
Assalamualaikum.
Baru smalam jadi lampu LOS menyala….saya tinggal dikawasan taman perumahan. Dari pemerhatian saya, masalah selalu berlaku bila ada pemasangan baru dalam satu-satu kawasan berhampiran. Kontraktor-kontraktor TM ada yang buat kerja bak kata orang seperti melepas batuk di tangga. Asal kerja dia orang hari tu selesai. Tetapi BUKAN SEMUA ya. Segelintir.
Kalau tepon TM seperti biasa soalan2 dan arahan2 yang bertahun-tahun saya dengar..
1. Lampu modem macamana…bla..bla..bla…
2. Encik tolong reset modem..
Apa yang selalu saya buat, saya terus minta dia orang resetkan dari tempat dia orang.
Terima kasih
Wslm.
Terima kasih atas perkongsian tuan.
I juga mengalami masalah Los lampu berkelip kelip..buat reaport 24jam dah.still tak boleh guna..sangat kecewa witu them.RM0 unifi:We’re trying to resolve your report 1-42125314802 as soon as possible, depending on the nature of fault. We’ll keep u updated. Thank you
Call Unifi minta mereka datang buat semakan sebab ini mungkin kena mengena dengan physical contohnya cable Fibre atau modem jika ianya berterusan/berlanjutan.
Benda ni terjadi kat saya harini. Pastu saya tengok tiang tm belakang rumah saya, kotak hitam dia terbukak. Pastu saya telefon maintenance deorang dah settle dalam sejam.
Terbaik !
Hari ni hri pertma pasang unifi fibre 300mbps. Tapi dh 3 kali Los lampu merah kluar after 2 jam. 2 kali technician dtng tapi masih jugak trjadi after 2 hours camtu.
Macam saya inform, awal2 dulu masa pasang fibre juga jadi macam ni pada saya. Kalau masih berlaku, hubungi technician pastikan mereka check kotak box unifi dan cable anda supaya bersih, tiada terpotong & tiada masalah.