KehidupanTelekomunikasi

Perlukah Saya PortOut Daripada Pelan Yoodo ?

Perlukah Saya PortOut Daripada Pelan Yoodo

Perlukah saya Portout daripada Pelan Yoodo sedangkan saya suka dengan pelan Yoodo sedia ada ? Jawapannya anda tidak perlu untuk portout.

Saya juga diantara pengguna Yoodo yang menggunakannya selama bertahun-tahun memandangkan ini satu-satunya telco yang membolehkan pengguna untuk customize pelan seperti yang mereka ingini dan diatara yang termurah juga kadar pelannya.

Dan saya juga agak banyak referral dan banyak juga Yoodo Points yang boleh digunakan untuk pembelian pelbagai pelan yang ditawarkan oleh Yoodo. Jadi amatlah rugi jika points ini tidak dapat digunakan secara sepenuhnya dan disebabkan oleh pengumuman Yoodo yang bagi saya kurang detailed, saya ada bertanyakan pada customer care Yoodo melalui Whatsapp seperti dibawah.

perlukah portout yoodo

Seperti yang anda baca diatas, aplikasi dan pelan Yoodo masih lagi sama selepas 29 Ogos 2024, tiada sebarang perubahan dan points yang ada masih boleh digunakan untuk pembayaran pelan walaupun selepas 29 Ogos kelak.

Sekiranya anda pengguna Yoodo dan masih berminat untuk teruskan menggunakan pelan-pelan Yoodo, tiada masalah untuk anda terus sahaja menggunakan pelan Yoodo, memandangkan ianya mungkin sahaja akan di ‘rebrand’ kepada CelcomDigi memandangkan itulah perjanjian kedua-dua telco ini dengan SKMM sebelum ini.

Jika ditanya kepada saya, mahukah saya portout daripada pelan Yoodo, jawapan saya ialah tidak memandangkan saya masih boleh lagi menggunakan pelan-pelan dan juga points yang ada tanpa sebarang masalah walaupun Yoodo brand akan dijenamakan semula pada masa akan datang. Tiada lagi brand ‘Yoodo’.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengumuman Yoodo ini, anda boleh lihat pada laman rasmi mereka disini : https://www.yoodo.com.my/important-news-en.

Kepada yang ingin portout Yoodo dan ingin mencuba pelan lain, apa kata dapatkan sim Halo Telco dengan saya pada harga yang sangat murah disini : https://s.shopee.com.my/4fbBJ94lzx.

Sekiranya anda ada pertanyaan lanjut, mungkin boleh komen pada ruangan komen dibawah, dan saya akan cuba untuk respond secepatnya.

Semoga bermanfaat.

Ketahui kelebihan dan kekurangan menggunakan telefon set import disini : https://amirazman.my/kelebihan-dan-kekurangan-telefon-set-import.

Dapatkan penjimatan pelbagai produk telco serta topup games disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.

Leave a Comment