Semakin hari, Esport semakin mendapat tempat dihati masyarakat khasnya remaja dan belia. Pelbagai platform streamer seperti Twitch, Mixer, Youtube, Bigo Live dan sebagainya. Tetapi platform yang sesuai untuk pengguna di Malaysia buat masa ini pada pandangan saya ialah platform Facebook.
Bukan sahaja terdiri daripada gamers, malah selebriti tempatan juga sudah mula mendapat tempat didalam platform streaming seperti BobbySan (Zahiril Adzim) dan juga YanasamsudinX (Yana Samsudin). Ramai yang beranggapan sekiranya professional barulah boleh stream, tidak sama sekali. Streamer tidak semestinya professional tetapi lebih kepada entertain audience mereka.
- Facebook merupakan platform sosial yang digunakan oleh majoriti masyarakat di Malaysia. Streamer memerlukan platform dimana terdapat crowd atau audience yang sesuai dengan native language atau bahasa yang dilontarkan untuk entertain audience yang disasarkan.
- Aplikasi Facebook yang mudah dicapai oleh setiap pengguna telefon pintar sama ada menggunakan operating system android atau ios. Setiap telefon pintar yang dijual di Malaysia kebanyakannya mempunyai aplikasi Facebook yang telah diinstallkan oleh manufacturer sebelum dijual kepada pengguna.
- Kadar kelajuan dan bandwith internet di Malaysia yang bersesuaian dengan platform Facebook. Platform seperti Twitch sememangnya memberikan environment streaming dan grafik yang lebih menarik, tetapi memerlukan kadar kelajuan dan bandwith yang lebih tinggi.
- Syarikat telekomunikasi yang memberikan fokus kepada penggunaan internet pada laman sosial. Contohnya pelan unlimited internet sosial untuk penggunaan Facebook, Youtube, Twitter, Wechat atau sebagainya.
- Proses donation kepada streamer yang mudah dengan menggunakan ‘Star’. Hanya menggunakan kad debit sahaja serta tidak memerlukan akaun international payment solution seperti Paypal.
- Algorithm Facebook yang sesuai untuk streaming secara live sehinggakan ada pengguna yang merasa menjengkelkan apabila post sharing streamer ini bertebaran di pelbagai group.
Walaupun begitu, tidak dinafikan, terdapat pelbagai lagi platform yang sebenarnya lebih berkualiti serta sesuai untuk broadcast atau streaming berbanding platform Facebook, tetapi berdasarkan sebab-sebab yang saya senaraikan diatas, tidak pelik Facebook merupakan platform yang paling sesuai buat masa sekarang untuk menjadi platform streamer di Malaysia.
Jom baca ‘Pengalaman Menyemak Blacklist Telco’ disini : https://amirazman.my/pengalaman-menyemak-blacklist-telco.
Jom baca ‘Google Calendar Phishing Scam’ disini : https://amirazman.my/google-calendar-phishing-scam.