Pada 20 Julai yang lepas, saya berkunjung ke Redone Center berhampiran dengan tempat tinggal saya untuk proses memisahkan akaun subline dan master Redone memandangkan saya sudah ada beberapa talian yang menggunakan rangkaian Redone buat masa sekarang. Jika telco lain, subline ini disebut sebagai supplementary line. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat memisahkan akaun tersebut memandangkan tempoh waktu pemisahan akan Redone adalah terhad.
Ya, Redone hanya menerima proses memisahkan akaun Redone dari 6 haribulan sehinggalah 20 haribulan pada setiap bulan dan mungkin waktu saya mengunjungi Redone Center tersebut sudah hampir kepada berakhirnya waktu pejabat menyebabkan permintaan saya ditolak. Namun, saya telah diterangkan dengan lebih awal mengenai cas servis untuk memisahkan akaun tersebut iaitu sebanyak RM20.
Saya pun malas nak berfikir panjang memandangkan saya memang betul-betul ingin menukar rangkaian bagi salah satu talian saya kepada Yoodo dimana Yoodo buat masa sekarang memberikan penawaran data internet yang terbanyak dan termurah, RM20 untuk 20 GB data internet. Nak juga merasa menggunakan pelbagai talian sebagai ‘bahan eksperimen’ untuk konten berkenaan telco pada masa akan datang.
Dapatkan Simkad + 7 GB Data Internet Percuma Dari Yoodo : https://topupniaga.com/simkad-dan-rm20-percuma-daripada-yoodo.
Tunggu punyalah tunggu, tiba hari kejadian 6 haribulan Ogos dan saya datang lebih awal ke Redone Center untuk mengelakkan sebarang masalah. Dimulakan dengan proses verifikasi akaun sehinggalah kepada proses memisahkan akaun tersebut dengan bayaran ke kaunter Redone Center sebanyak RM20 (bukan dicas pada bil akan datang). Saya fikirkan dah boleh balik rumah dan terus request port in ke rangkaian lain, rupa-rupanya …
Saya perlu menunggu lebih kurang 7 hari seperti yang dikatakan oleh servis khidmat pelanggan pada Redone Center untuk proses pemisahan akan Redone tersebut. Dah nak kena hold lagi port out ni, bayaran bulan ni memang confirm-confirm kena bayar juga tu. Haha. Menurutnya, mereka akan inform saya semula apabila proses pemisahan akaun tersebut telah berjaya.
Pengajaran kali ini, elakkan menjadikan talian lain sebagai subline untuk mengelakkan proses port out yang sukar dan makan masa. Bukan itu sahaja, dicas juga servis perkhidmatan daripada Center untuk memisahkan akaun master dan juga subline.
Cara Menebus RM50 ePENJANA : https://amirazman.my/cara-menebus-rm50-epenjana.