KehidupanSosialTelekomunikasi

Scam Masalah Penggunaan Elektrik

Scam Masalah Penggunaan Elektrik

Hari ini saya menerima panggilan scam berkenaan masalah penggunaan elektrik dimana scammer itu menyebutkan terdapat pelekat pada meter saya tercabut dan penggunaan tidak sah sama ada dari jiran atau sebagainya. Teruskan bacaan anda.

Hari ini saya terima call dari nombor Singapore iaitu +6531595415 mengatakan ada masalah dengan meter elektrik di department saya. Masalah pelekat tercabut dan penggunaan tidak sah.

scam call meter tnb

Apabila saya cuba tanya nombor akaun elektrik saya apa, department apa, dan sebagainya untuk memastikan kesahihan informasi ini, dia cuba mengelak dan menyebutkan akan membawa isu ini kepada pihak berkuasa.

Saya teruskan pertanyaan mengenai details perkhidmatan elektrik tersebut, dan dia terus mengelak soalan saya serta mengatakan akan melakukan pemotongan dan pembayaran untuk penalti. Apabila saya terus membuat asakan pertanyaan, nampaknya scammer ini koyak, mengatakan saya menggunakan elektrik percuma dan memutuskan talian.

Suara dari panggilan pula sangat jelas sepertinya ianya ada suara recording, atau mungkin adalah robot yang menggunakan VOIP (Voice Over Internet Protocol). Pada petang 20 Ogos 2021 saya lihat nombor tersebut telah dilabelkan sebagai spam oleh Google Contacts.

scam call singapore

Hati-hati jangan mudah percaya dengan sesiapa yang cuba mengaku sebagai ahli dimana-mana bahagian secara tiba-tiba dan mengatakan isu masalah ditempat atau rumah anda, kemungkinan besar scammer. Mentang-mentang scam melibatkan polis, dadah, dah biasa kantoi, dia cuba menyamar jadi perkhidmatan awam lain pula.

Anda mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan scam berkenaan masalah penggunaan elektrik seperti saya ceritakan diatas ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Kemaskini 21 Ogos 2021 :

Hari ini saya terima panggilan berkenaan pizza dari nombor Singapore lain +6531595418 yang hampir sama. Seperti yang saya jangka, memang panggilan ini adalah dari recorded dan ramai Youtuber guna apps JokesPhone ni untuk prank orang. Teringat pun sebab pernah nampak dan dengar suara recorded pizza tersebut. Tak pastilah siapa pula yang gatal pergi prank nombor saya ni.

Apa-apa pun kalau terima call sebegini, mohon jangan dijawab atau diberikan informasi peribadi kerana scammer berkemungkinan menggunakannya untuk mendapatkan informasi seperti nombor telefon, alamat dan sebagainya.

Senarai Scammer Tech Di Malaysia : https://amirazman.my/senarai-scammer-tech-di-malaysia.

List Scammer Topup Malaysia : https://topupniaga.com/list-scammer-topup-malaysia.

2 Comments

  1. Muhd haziq

Leave a Comment