KehidupanSosialTeknologi

Scam Panggilan Telefon Di Malaysia

Scam Panggilan Telefon Di Malaysia

Sejak kebelakangan ini, scam panggilan telefon di Malaysia semakin menjadi-jadi sehinggakan terdapat penangkapan secara besar-besaran yang kebiasaaannya melibatkan warga asing. Tambahan lagi, panggilan daripada telemarketing seperti insuran, servis laman web perniagaan dan sebagainya membuatkan kita sebagai pengguna talian telekomunikasi ‘trauma’ untuk menjawab panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali.

Sehinggakan ada kalanya saya akan Google dahulu nombor telefon tersebut sebelum membuat keputusan sama ada untuk menjawab panggilan tersebut atau tidak. Betapa hebatnya aura scam tu untuk saya cuba elak dan abaikan memandangkan ianya cuma akan membazirkan masa dan emosi sahaja apabila menerima panggilan sebegitu lebih-lebih lagi apabila nombor talian pemanggil tidak menggunakan kod negara Malaysia (+6).

truecaller apps statistic malaysia

Menurut daripada laman blog The Vocket, hampir 90 juta panggilan spam dan 63% daripadanya ialah panggilan palsu yang diterima oleh rakyat Malaysia untuk tahun ini berdasarkan data yang dikeluarkan oleh aplikasi Truecaller, iaitu aplikasi yang membantu menghalang daripada panggilan telefon yang tidak diingini. Baca disini : https://www.thevocket.com/angka-yang-mengejutkan-hampir-90-juta-panggilan-scam-diterima-oleh-rakyat-malaysia-tahun-ini.

Saya akan senaraikan beberapa modus operandi scam panggilan telefon di Malaysia berdasarkan pengalaman saya menerima panggilan tersebut dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

maklumat scam panggilan telefon npra

  • Panggilan Daripada Mahkamah/Polis/Farmasi/Bank Negara dan yang berkaitan.

Scam yang sering berlaku dan agak common di Malaysia. Scammer akan telefon anda dan meminta anda maklumat peribadi seperti nombor IC Mykad dan maklumat lain untuk membuka fail mahkamah atau sebagainya. Ada juga yang akan meminta anda ke bank dan pindahkan wang ke akaun scammer untuk mengelakkan daripada wang dalam akaun bank dibekukan atas kesilapan jenayah yang direka oleh scammer-scammer ini.

Antara kes yang hampir sama adalah seperti disini : http://www.gempak.com/artikel/23659/dia-call-cakap-ada-kes-mahkamah-terima-panggilan-scammer-fadzil-zahari-minta-hati-hati-dengan.

scam forex malaysia mlm

  • Panggilan daripada syarikat Forex/MLM/Skim Cepat Kaya.

Kebiasaannya saya akan menerima panggilan mengenai Forex ini daripada nombor luar negara yang tidak menggunakan Country Code (+6) pada talian berdaftar. Mereka akan mencuba sehabis baik untuk anda terperangkap dengan scheme mereka walaupun anda mengatakan yang anda tidak berminat. Tetapi apabila saya mengatakan ‘im already a millonaire’ kebiasaannya memang terus ditamatkan panggilan. Haha.

scam cabutan bertuah

  • Panggilan daripada mana-mana syarikat kononnya anda memenangi cabutan bertuah.

Scam seperti ini biasanya bermula daripada SMS dan mereka akan membuat panggilan kepada mangsa yang percaya dengan penipuan tersebut. Kebiasaannya scammer ini akan meminta anda untuk pergi ke bank berhampiran dan mereka akan ‘guide’ mangsa untuk memindahkan baki akaun bank anda kepada akaun scammer. Scammer akan mengelirukan mangsa dengan mengatakan nombor akaun scammer merupakan nombor yang perlu ditaip untuk menebus wang ganjaran daripada cabutan bertuah yang dimenangi.

Diatas merupakan antara scam panggilan yang agak terkenal dan sering berlaku di Malaysia. Saya akan kongsikan modus operandi scam melalui email dan scam jualan barangan online pada masa yang akan datang.

Pernahkah anda terkena dengan scam-scam seperti diatas ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Ketahui Berkenaan Modus Operandi Scammer Topup disini : https://topupniaga.com/kesilapan-penjual-topup-di-malaysia.

Jom baca berkenaan Kes Scam Penipuan Resit Palsu disini : https://amirazman.my/kes-scam-penipuan-resit-palsu.

 

Leave a Comment