Duit OnlineKehidupanSosial

Simpanan ASB VS ASB Financing ?

Simpanan ASB VS ASB Financing

Pada hari ini saya ada terbaca post mengenai simpanan ASB VS ASB Financing(Loan) di Facebook. Yang manakah lebih baik ?

Tulisan pada post ini disandarkan pada pandangan serta pendapat saya sahaja. Ianya mungkin bercanggah atau berbeza dengan pendapat yang diutarakan oleh orang lain.

Kita perlu tahu apakah tujuan utama kita menyimpan. Adakah sebagai simpanan sementara atau simpanan kecemasan ? Atau adakah untuk mendapatkan keuntungan melalui pelaburan ?

simpanan vs pelaburan

Sekiranya tujuan anda menyimpan adalah untuk digunakan sebagai simpanan kecemasan atau bersifat simpanan sementara, saya sarankan untuk membuat simpanan ASB memandangkan nilai yang anda boleh simpan tidak dihadkan serta anda boleh lakukan jualan atau pengeluaran secara tunai pada bila-bila masa berbanding ASB Financing yang mempunyai lock period dan hanya boleh mengeluarkan dividen tahunan sahaja.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda lebih memilih untuk mendapatkan keuntungan, sudah semestinya ASB Financing lebih baik dan memerlukan komitmen anda untuk membuat pembayaran tiap bulan bagi pinjaman yang telah anda lakukan. Buat masa sekarang (2021), ASB Loan masih lagi memberikan pulangan yang baik.

Saya sertakan video cara kiraan ASB dan ASB Financing dibawah untuk anda lebih memahami bagaimana dividen daripada ASB dikira dengan lebih terperinci.


Adalah lebih baik jika anda boleh memberikan komitmen dalam ASB Financing serta dalam masa yang sama anda masih boleh menyimpan untuk simpanan sementara atau kecemasan. Terdapat banyak lagi instrumen pelaburan yang boleh anda gunakan untuk pelaburan dan ASB merupakan salah satu pelaburan yang berisiko rendah serta memberi pulangan yang agak lumayan.

Terdapat juga instrumen pelaburan yang berisiko tinggi tetapi berpotensi untuk memberikan pulangan yang sangat lumayan. ‘High risk, high return’.

Bagaimana pula dengan anda ? Instrumen pelaburan mana yang anda pilih ? Kongsikan dengan saya pada ruangan komen dibawah. Semoga post saya berkaitan simpanan ASB VS ASB Financing ini bermanfaat.

Ketahui Cara Jualan Balik Melalui ASNB : https://amirazman.my/jualan-balik-melalui-myasnb.

Jika berminat dengan informasi mengenai teknologi, IT dan telekomunikasi, boleh join group Telegram ini : https://t.me/TechNTelco.

Leave a Comment