KehidupanTeknologiTelekomunikasi

YES Menawarkan Bateri Percuma

YES Menawarkan Bateri Percuma

YES menawarkan penambahbaikan bateri secara percuma kepada pengguna YES Prihatin Belajar Dari Rumah dengan Telefon Pintar YES yang merupakan antara kontroversi Jaringan Prihatin dalam dunia telekomunikasi di Malaysia dimana mereka menawarkan telefon pintar YES secara percuma tetapi dengan spesifikasi yang agak mengecewakan.

Anda boleh lihat spesifikasi telefon pintar tersebut disini : https://amirazman.my/telefon-pintar-yes-altitude-3.

Saya boleh katakan jangka hayat bateri yang diberikan dalam kotak sangatlah teruk, sehinggakan jika telefon itu hanya digunakan secara stanby sahaja dengan menggunakan Wi-Fi, tidak mampu bertahan lebih dari 1 hari. Apatah lagi jika menggunakan data melalui simkad, sudah semestinya menggunakan kuasa bateri yang lebih banyak.

Sekitar 2.30 pagi tadi, saya ada menerima email dari pihak YES dimana mereka menawarkan bateri penambahbaikan secara percuma kepada pengguna mereka yang telah menerima telefon pintar YES sebelum ini. Saya sertakan paparan email tersebut dibawah.

email bateri yes jaringan prihatin

Bagi mereka yang telahpun mengambil telefon pintar YES sebelum ini, jangan lepaskan peluang untuk menuntut bateri percuma ini, ini merupakan hak anda. Walaupun saya sendiri secara personal sudah tidak menggunakan telefon pintar tersebut kerana terlalu lagging walaupun menggunakan Android GO, mungkin boleh digunakan pada masa akan datang sekiranya betul-betul terdesak atau sebagai telefon pintar kedua.

Bagi mereka yang ingin menuntut bateri percuma ini, anda boleh klik disini : https://rma.yes.my/Battery.

Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan anda, semak informasi yang dipaparkan serta submit sekiranya tiada apa-apa perubahan atau masalah.

Diharap informasi ini dapat disampaikan kepada kesemua pelanggan YES Jaringan Prihatin memandangkan bateri percuma ini merupakan hak mereka juga dan mungkin boleh membantu bagi mereka yang masih menggunakan telefon pintar daripada YES ini.

Bagaimana dengan anda ? Masih lagi menggunakan telefon pintar daripada pihak YES ? Kongsikan pada ruangan komen dibawah.

Leave a Comment