KehidupanTeknologiTelekomunikasi

Telefon Pintar YES Altitude 3

Telefon Pintar YES Altitude 3

Apakah spesifikasi telefon pintar YES iaitu YES Altitude 3 ? Ini antara persoalan yang sering ditanya memandangkan pihak YES memberikan telefon pintar serta internet percuma selama setahun melalui Jaringan Prihatin yang mereka tawarkan baru-baru ini.

Pernah saya ulas pada post ‘Pelan Jaringan Prihatin YES‘ mengenai ramai pengguna yang merasakan tertipu dengan penawaran dari pihak YES kerana tidak dinyatakan spesifikasi telefon pintar di dalam email serta SMS yang diberikan oleh pihak mereka. Selain itu, pilihan perkataan yang digunakan juga agak mengelirukan pada waktu tersebut memandangkan syarikat telekomunikasi lain masih belum mengumumkan pelan Jaringan Prihatin masing-masing.

Malah, mereka yang telah mengambil pelan Jaringan Prihatin dengan YES dengan telefon pintar dikatakan tidak dapat membatalkannya walaupun mereka masih belum mendapatkan telefon pintar itu lagi. Laman rasmi Facebook YES 4G juga telah dihadkan ruangan komennya memandangkan mendapat pelbagai kritikan dan kecaman daripada pengguna yang merasakan tertipu dengan tawaran dari pihak YES.

batal jaringan prihatin yes

Spesifikasi telefon pintar YES Altitude 3 adalah seperti berikut :

  • 5 inci IPS display, 2.5D glass.
  • Quad-Core 1.3GHz processor.
  • Google GMS Certified.
  • Android 10 (Go edition).
  • 8GB Storage with micro-SD slot.
  • 8MP auto focus f/2.0 large aperture
  • High capacity 2000 mAh replaceable battery.
  • 4G LTE, dual sim & dual stanby.

Adakah spesifikasi diatas masih relevan untuk masa sekarang ? Jika ditanya kepada saya, sudah semestinya tidak. 8 GB storan sangatlah kecil dan saya lihat penggunaan storage hampir mencecah 55% walaupun saya tidak install apa-apa aplikasi lagi, hanya default apps dari mereka. Walaupun telefon pintar ini menggunakan Android GO, iaitu versi android yang sesuai untuk telefon pintar dengan 2GB ram dan kebawah, pengalaman penggunaan kali pertama agak mengecewakan.

Selepas sahaja setting awal telefon pintar, terus saya buat kemaskini aplikasi MyYes untuk membuat pendaftaran simkad yang diberi. Semasa proses pendaftaran simkad, saya perasan telefon ini agak ‘lagging’ pada animation apps serta aplikasi crash/auto close semasa menggunakannya. Proses yang sepatutnya ambil masa lebih kurang 5 minit menjadi sekitar 20 minit disebabkan oleh apps lagging serta crash/autoclose.

Dengan saiz bateri 2000 mAh yang agak kecil untuk masa sekarang, serta kamera yang lagging dan spesifikasi lain seperti saya nyatakan diatas, sejujurnya saya katakan telefon ini tidak sesuai untuk proses pembelajaran pelajar seperti yang diuar-uarkan. Belum lagi diinstall aplikasi basic seperti Google Meet, Whatsapp atau sebagainya.

yes prihatin learn from home

Pada pendapat saya, lebih baik manfaatkan data internet selama setahun itu pada telefon pintar lain. Tetapi pastikan telefon pintar yang ingin digunakan adalah supported YES 4G device kerana tidak semua device supported untuk simkad YES 4G ini. Inilah antara downside simkad YES 4G berbanding simkad syarikat telekomunikasi lain. Anda boleh semak supported device YES 4G disini : https://www.yes.my/supported-devices.

Untuk golongan bujang yang layak menerima rebat sebanyak RM180, mungkinlah boleh diterima akal untuk menerima spesifikasi telefon sebegini. Tetapi jika golongan bekeluarga juga menerima telefon pintar yang sama, adalah sangat tidak masuk akal kerana golongan ini menerima rebat sehingga RM300 walaupun mereka menerima 15 GB lebih data pada setiap bulan.

Untuk Baucer RM50 Shopee khas daripada simkad YES ini masih belum saya cuba. Sudahkah anda mencubanya dan berjaya untuk menggunakan baucer tersebut ? Nak install apps Shopee pada telefon ni pun boleh fikir banyak kali sebab confirm-confirm slow lagging tak boleh bincang punya. Haha. Saya akan cuba dan kongsikan disini pada masa akan datang.

Ada yang terkena apabila terpaksa menerima telefon pintar YES Altitude 3 ini seperti saya ? Kongsikan pengalaman anda pada ruangan komen dibawah.

Dapatkan Self Hosting WordPress & domain anda disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco :https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.

4 Comments

  1. Casey

Leave a Comment