BisnesKehidupanSosialTeknologi

Tips Membeli di Shopee & Lazada

Tips Membeli di Shopee & Lazada

Pada kali ini saya ingin memberikan beberapa tips membeli di Shopee & Lazada memandangkan baru-baru ini saya ada pengalaman pahit semasa membuat pembelian di laman E-Commerce di Malaysia. Diharap para pembeli boleh tidak mengambil ringan untuk mengelakkan daripada ‘tertipu’ dengan sesetengah seller di mana-mana laman E-dagang di Malaysia.

  • Jangan mudah terpedaya dengan harga yang terlalu murah.

pendrive tiruan shopee

Walaupun kebanyakan barangan di Shopee & Lazada boleh dikatakan agak murah berbanding di kedai fizikal, jangan mudah terpedaya dengan harga yang terlalu murah. Terdapat pelbagai produk fake atau clone seperti pendrive, hard disk, telefon pintar dan sebagainya yang ditawarkan dengan harga yang tidak munasabah untuk mengelakkan anda menyesal setelah menggunakannya.

  • Baca description servis & produk dengan betul.

barangan dummy tiruan shopee

Sebelum membuat pembelian, pastikan description tersebut sesuai dengan produk & servis yang anda ingin beli. Sekiranya produk itu terdapat limitasi penggunaan seperti liputan rangkaian, peranti yang boleh digunakan dan sebagainya, pastikan ianya sesuai dengan tempat dan kegunaan anda untuk mengelakkan daripada produk & servis tersebut tidak dapat digunakan dengan sebaiknya.

  • Gunakan kaedah pembayaran yang mempunyai kelebihan & disokong oleh platform E-Commerce.

kelebihan shopeepay

Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan ShopeePay, anda berpeluang untuk menerima shipping percuma atau ganjaran & penjimatan yang pelbagai. Ini dapat memberikan anda penjimatan serta kaedah pembayaran yang lebih pantas dan mudah.

  • Lihat review & rate dari pengguna sebelum ini.

review & rate ecommerce shopee

Review & rate pembeli sebelum ini merupakan tanda aras bagaimanakah servis & produk yang seller berikan kepada pelanggan-pelanggan mereka. Walaupun terdapat banyak review & rate yang tinggi, jangan lupa untuk lihat dan baca review & rate yang rendah untuk melihat apakah masalah yang berlaku diantara seller dan pembeli sebelum ini. Sebaiknya, lakukan pembelian dengan mereka yang pernah menjual dan mendapat review & rate yang baik untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah.

  • Sentiasa peka dengan tarikh shipping & transaksi completed (pembayaran dilepaskan kepada seller) & tarikh yang ditentukan oleh Shopee Return/Refund.

status tracking shopee lazada

Anda perlu sentiasa peka dengan tarikh shipping untuk persediaan penerimaan produk & servis serta tarikh apabila transaksi completed. Pastikan produk & servis yang diberikan oleh seller adalah betul dan boleh digunakan seperti yang sepatutnya sebelum pembayaran dilepaskan kepada seller. Disamping itu juga, sekiranya anda ada menggunakan Return/Refund, sila pastikan anda sering melihat progress permintaan tersebut dikhuatiri anda terlepas pandang dalam memberikan bukti/evidence/proof dan sebagainya dalam tempoh masa yang diberikan oleh pihak Shopee.

  • Review & Rate dengan betul setelah menggunakan produk atau servis dari seller.

rate & review shopee

Sebagai pembeli, pastikan anda review & rate dengan sebetulnya & jangan rate 5 bintang secara melulu setelah barangan sampai. Pastikan produk & servis daripada seller tersebut adakah mencapai fungsi dan kegunaan seperti yang sepatutnya. Sebagai contoh pendrive 128 GB, pastikan anda sudah cuba mengujinya terlebih dahulu dengan memasukkan fail hampir 50~80% atau sebagainya. Selain itu, review & rate untuk courier services adalah berbeza dengan servis & produk. Review & rate anda akan membantu pembeli selepas ini untuk membuat keputusan.

  • Lihat performance seller dari segi chat performance dan juga cancellation rate.

cancellation rate shopee

Walaupun pembeli menerima review & rating yang tinggi, terdapat kemungkinan review & rating yang diberikan adalah tidak tepat. Kebiasaannya seller akan menjaga chat performance dengan membalas segala chat yang diterima untuk mengelakkan chat performance menurun. Sekiranya dipaparkan amaran cancellation rate dan bagi saya atas dari 10% boleh dikatakan cancellation rate yang tinggi. Elakkan membeli daripada seller yang mempunyai cancellation rate yang tinggi memandangkan terdapat kemungkinan yang besar produk & servis mereka bermasalah.

Diharap beberapa tips membeli di Shopee & Lazada diatas ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengelakkan pengalaman yang kurang menarik dalam membuat pembelian secara online. Saya akan kongsikan juga tips sebagai penjual di Shopee & Lazada serta beberapa cadangan penambahbaikan khususnya untuk sistem Shopee pada masa akan datang.

Tips Membeli Secara Online : https://amirazman.my/tips-membeli-secara-online.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting dilengkapi DDOS Protection disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment

https://www.google.com/recaptcha/api.js?onload=wpcaptcha_captcha&render=6Ld90CcqAAAAAGRM_S_EH9SD2eU2f_Xy6u02WhMF&ver=1.23