TeknologiTelekomunikasi

Apa Itu Unifi Air

Apa Itu Unifi Air

Apa itu Unifi Air ? Apa perbezaannya dengan Unifi Home Fibre ? Apa pula beza Unifi Air dengan Unifi Mobile ?

Ini merupakan persoalan yang sering diajukan oleh mereka yang berminat untuk menggunakan internet yang laju serta tanpa had quota memandangkan pada waktu kini dimana pelbagai urusan boleh diuruskan secara online dengan mudah. Malah, proses pengajaran & pembelajaran juga tidak terkecuali dijalankan secara online untuk memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Unifi Air menggunakan teknologi wireless broadband dimana ianya tidak sama dengan Unifi Fibre yang menggunakan teknologi fibre. Perbezaan Unifi Air dengan Unifi Mobile selain dari penawaran data & modem, Unifi Air hanya menyokong servis penggunaan data sahaja berbanding Unifi Mobile yang juga menyokong pelan panggilan serta pelan SMS. Selain itu, Unifi Air hanya menggunakan rangkaian 4G LTE sahaja berbanding Unifi Mobile yang juga menyokong rangkaian 3G dan juga H+ pada rangkaian Celcom.

pelan unifi air

Unifi menawarkan 2 jenis pelan dan harga yang menarik untuk Unifi Air, dimana pengguna boleh melanggan Unifi Air dengan harga RM79/bulan tanpa wireless router, atau dengan harga yang sama RM79/bulan dengan wireless router percuma tetapi terikat dengan kontrak penggunaan selama 24 bulan. Menurut informasi pada laman web Unifi, kelajuan Unifi Air boleh mencecah sehingga 20 Mbps dengan pemasangan yang sangat mudah (plug & play).

Untuk memastikan anda dapat menggunakan Unifi Air dengan baik, anda boleh membuat semakan rangkaian pada laman web Unifi Air disini : https://unifi.com.my/personal/home/wireless-broadband#wttx-map.

semakan rangkaian unifi air

Pada pendapat saya, Unifi Air merupakan pilihan alternatif sekiranya pada kawasan anda tidak mempunyai teknologi Fibre lagi buat masa sekarang untuk Unifi Fibre. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan Unifi Fibre, anda boleh membaca informasi berkaitan serta membuat permohonan disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.

Selain itu, sekiranya anda juga sering bertukar kawasan dan kawasan tersebut mempunyai rangkaian 4G LTE Unifi Air, penggunaan Unifi Air merupakan pilihan yang bijak memandangkan ianya menggunakan teknologi wireless broadband cuma latency atau ping wireless sudah semestinya lebih tinggi berbanding teknologi Fibre.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan Unifi Air & ingin ketahui maklumat lanjut mengenai Unifi Air, anda boleh layari laman rasmi Unifi Air disini : https://unifi.com.my/personal/home/wireless-broadband.

Diharap post pada kali ini dapat memberikan pencerahan mengenai apa itu Unifi Air serta perbezaannya dengan Unifi Fibre dan Unifi Mobile. Semoga informasi ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Anda mempunyai pengalaman menggunakan Unifi Air / Unifi Mobile / Unifi Home Fibre ? Kongsikan dengan kami pengalaman anda pada ruangan komen dibawah.

Pengalaman Pemasangan Unifi : https://amirazman.my/pengalaman-pemasangan-unifi.

Speed Unifi Tidak Seperti Yang Dijanjikan ? : https://amirazman.my/speed-unifi-tidak-seperti-dijanjikan.

Leave a Comment