Pada kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips membeli telefon pintar yang terbaik untuk diri anda. Pada hemat saya, kita perlu bijak dalam membuat pembelian telefon pintar memandangkan sekarang ini sudah ada pelbagai jenis telefon pintar dipasarkan termasuklah versi ‘clone’ dan ‘fake’. Pasaran telefon pintar sebegini amat meluas sehinggakan kita sebagai pembeli keliru adakah telefon pintar dengan harga yang murah ini sesuai untuk digunakan ataupun tidak.
- Kenalpasti tahap penggunaan seharian telefon bimbit anda serta keperluan ciri-ciri tertentu.
Anda perlu kenalpasti tahap penggunaan seharian telefon bimbit anda sebagai contohnya adakah anda memerlukan processor dan ram yang berkuasa tinggi atau sekadar biasa-biasa sahaja. Sekiranya anda hanya gunakan telefon pintar anda untuk aplikasi media sosial contohnya, tidaklah memerlukan processor dan ram yang berkuasa tinggi seperti penggunaan untuk editing video, rendering dan gaming. Adakah anda memerlukan storage yang tinggi ? Pada penggunaan yang biasa, saya sarankan storage sekurang-kurangnya 128 GB dan ke atas untuk mengelakkan masalah storage yang penuh dikemudian hari.
Begitu juga dengan ciri-ciri tambahan tertentu seperti NFC, slot storage tambahan serta port infra red jika anda memerlukannya untuk tujuan remote control peralatan pintar dan sebagainya. Kalis air dan habuk juga boleh diberikan perhatian sekiranya penggunaan anda berkemungkinan
- Bajet yang bersesuaian dengan spesifikasi yang diperlukan.
Bajet ini kebiasaaannya adalah faktor paling utama dalam pemilihan untuk membuat pembelian telefon pintar. Kebanyakan pengguna tertipu dengan produk fake seperti telefon pintar versi clone dan akhirnya kecewa dengan prestasi serta pengalaman penggunaan dalam jangka masa panjang. Sebelum membuat pembelian, pastikan anda survey dahulu harga pasaran melalui saluran official dari jenama telefon pintar tersebut.
Jika harganya agak tidak masuk akal, berhati-hati kerana berkemungkinan telefon pintar tersebut merupakan versi clone. Anda boleh bertanya dahulu dengan penjual untuk kepastian sekiranya mereka jujur. Gunakan platform yang selamat dalam proses jual beli untuk mengelakkan masalah untuk proses refund atau claim warranty pada masa akan datang.
- Pembelian telefon pintar dari jenama yang dikenali sahaja serta pemilihan versi OS yang sesuai.
Saya ingin tekankan kepada anda untuk membuat pembelian telefon pintar dari jenama yang telah dikenali umum sahaja dan elakkan jenama yang tidak popular. Jenama yang baik memberikan cerminan pengalaman penggunaan yang baik juga. Dengan pengguna yang ramai, sudah semestinya sesuatu jenama telefon pintar akan lebih serius dalam menangani masalah sistem operasi yang digunakan pada telefon pintar mereka.
Selain itu, pemilihan versi OS yang sesuai juga memainkan peranan penting. Sebagai contoh, Huawei & Honor sudah tidak lagi mempunyai GMS (Google Mobile Services), jadi pelbagai aplikasi Google tidak dapat digunakan pada telefon pintar Huawei & Honor yang terkini. Sebagai contoh aplikasi Google Playstore, Gmail, Google Chrome, Google Meet dan Youtube. Oleh itu, sekiranya anda menggunakan aplikasi Google dalam penggunaan seharian anda, elakkan daripada membuat pembelian telefon pintar yang tidak menyertakan GMS.
- Dapatkan informasi mengenai waranti dan tempoh masa kemaskini yang bakal diterima.
Waranti penggunaan telefon pintar adalah diantara yang perlu anda ambil kira dalam membuat pilihan pembelian telefon pintar. Pastikan anda boleh membuat tuntutan waranti sekiranya berlaku apa-apa masalah dalam tempoh waktu waranti masih aktif dan pastikan proses tuntutan juga adalah mudah. Terdapat juga pelbagai produk import yang memerlukan anda untuk menghantar telefon pintar anda ke negara asal untuk membuat tuntutan waranti yang sudah semestinya menyukarkan serta leceh. Pastikan anda boleh membuat proses tuntutan waranti sama ada melalui kedai official dalam negara atau melalui kedai dimana anda membuat pembelian telefon pintar tersebut.
Di samping itu, tempoh masa kemaskini yang bakal diterima seperti kemaskini sekuriti serta sistem operasi amat penting untuk memastikan isu keselamatan serta pengalaman penggunaan sentiasa relevan dan dalam keadaan yang baik untuk menyokong aplikasi-aplikasi yang terkini.
- Dapatkan atau baca review dari pengguna yang telah menggunakan telefon pintar tersebut.
Yang terakhir, dapatkan informasi dan review dari pengguna yang telah menggunakan telefon pintar tersebut. Ada kalanya kita tidak ketahui isu-isu yang berlaku pada sesuatu telefon pintar sebagai contohnya masalah touch screen, screen bleeding, aplikasi atau sistem operasi yang bermasalah atau sebagainya.
Sebagai contoh, masalah screen touch pada POCO X3 PRO seperti yang dialami oleh Youtuber Tech Malaysia, Misai Gadjet dalam video terbarunya pada 23 Mac 2021.
Bagaimana pula dengan anda ? Apakah faktor utama dalam pemilihan telefon pintar terbaik anda ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.
Lakukan Ini Sekiranya Telefon Pintar Anda Hilang : https://amirazman.my/telefon-pintar-anda-hilang.
Daftar YES Prepaid ‘Kasi UP’ disini (penghantaran simkad PERCUMA) : https://myyes4g.page.link/jbt1KLfUVc94iQjr6.