KehidupanTeknologiTelekomunikasi

Tips Penjagaan Laptop

tips penjagaan laptop

Agak moody beberapa hari ini, so harini saya akan berikan beberapa tips penjagaan laptop dulu sebelum melibatkan topik-topik yang lebih berat. Ini adalah tips penjagaan laptop, bermaksud laptop yang sudah dibeli. Tips pemilihan untuk pembelian laptop saya akan kongsikan pada post yang akan datang.

  • Gunakan laptop pada kawasan yang rata dan bersih.

Sangat-sangat saya sarankan penggunaan laptop pada kawasan yang rata dan bersih. Kebiasaannya laptop ini agak sinonim dengan student atau pelajar universiti yang sering menggunakan laptop di atas tilam untuk membuat assignment, menonton movie dan sebagainya. Jangan lakukan sebegini kerana cooling system laptop adalah sangat terhad dan akan mengurangkan jangka hayat penggunaan laptop anda.

guna laptop di katil

  • Gunakan Cooling Pad atau Cooling Fan yang sesuai.

Sekiranya anda ingin menggunakan laptop anda dalam jangka masa yang lama, digalakkan untuk menggunakan Cooling Pad atau Cooling Fan yang sesuai dengan laptop anda untuk memberikan pengudaraan yang bagus kepada laptop anda lebih-lebih lagi jika bilik atau kawasan penggunaan laptop tersebut tidak menggunakan aircond. Terdapat pelbagai produk yang sesuai yang anda boleh dapatkan dengan mudah sama ada di kedai komputer berhampiran atau di Ecommerce Shopee/Lazada.

laptop cooler

  • Berhati-hati ketika melaraskan skrin laptop.

Terdapat pelbagai jenis laptop yang memberikan pengguna kebebasan untuk melaraskan skrin laptop mengikut kesesuaian. Kaedah melaraskan skrin laptop juga penting untuk memastikan hinge ataupun engsel laptop anda tidak mudah rosak atau patah lebih-lebih lagi laptop yang mempunyai hinge yang ketat. Secara tidak langsung terdapat kemungkinan untuk laptop tersebut mengalami keretakan atau patah pada bahagian hinge.

hinge laptop retak rosak

  • Kemaskini Sistem Operasi.

Kebanyakan laptop yang digunakan oleh pelajar khususnya di Malaysia akan menggunakan sistem operasi Windows dan juga MacOS. Sebolehnya, sentiasa kemaskini sistem operasi yang anda gunakan kepada kemaskini yang terbaru untuk menerima kemaskini seperti kemaskini sekuriti, features serta patch-patch untuk issue serta bugs yang terjadi pada versi yang anda gunakan. Ini juga penting untuk memastikan keselamatan laptop anda daripada terdedah dengan serangan virus, ransomware dan sebagainya.

windows 10 update

  • Kebersihan luaran dan dalaman laptop.

Untuk laptop yang masih baru, pastikan tiada habuk-habuk atau sisa makanan yang melekat pada laptop anda. Anda boleh gunakan silicon keyboard protector sebagai perlindungan tambahan daripada habuk atau cecair daripada masuk menerusi celahan keyboard anda. Anda juga boleh bersihkan secara berkala skrin laptop anda menggunakan peralatan Screen Cleaning Kit. Bagi laptop yang sudah lebih daripada setahun, anda boleh mendapatkan servis cleaning secara berkala mungkin 6-12 bulan sekali untuk memastikan pengudaraan laptop anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan kipas serta heat sink laptop tidak dipenuhi dengan habuk.

tips kebersihan laptop habuk

  • Sentiasa mengawasi penggunaan disk laptop dari semasa ke semasa.

Ini sangat penting lebih-lebih lagi untuk laptop yang sudah lebih dari setahun. Pastikan penggunaan disk tidak terlalu tinggi dan sebolehnya tinggalkan 30% dan keatas daripada total disk untuk mengelakkan disk penuh dan membuatkan performance disk anda semakin menurun. Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh dapatkan SSD dimana SSD menawarkan proses read & write disk dengan lebih laju dan pantas.

  • Penggunaan speaker laptop yang optimum.

Isu sound speaker laptop yang pecah sering terjadi kepada pengguna laptop yang sering menggunakan speaker laptop secara maksimum. Digalakkan untuk anda mendapatkan external speaker atau headphone/True Wireless Stereo(TWS) sekiranya anda inginkan pengalaman penggunaan sound speaker yang maksimum.

tips membeli speaker laptop

Diharap tips penjagaan laptop yang saya senaraikan diatas dapat membantu pengguna-pengguna laptop untuk jangka masa panjang dan mengelakkan daripada berlakunya kerosakan. Saya akan kongsi tips-tips yang berkaitan pada masa yang akan datang.

Daftar Unifi Disini : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.

Senarai Scammer Tech Di Malaysia : https://amirazman.my/senarai-scammer-tech-di-malaysia.

Leave a Comment