Wahed Invest, dikatakan sebagai sebuah platform pelaburan patuh syariah dan sering diuar-uarkan oleh rakan-rakan saya di Facebook lebih-lebih lagi rakan yang berada dalam bidang IT. Tidak dinafikan diluar sana terdapat pelbagai platform pelaburan seperti OctaFX, eTORO, XM dan sebagainya tetapi untuk mencari platform yang jelas patuh syariah agak sukar.
Lebih-lebih lagi pada waktu pandemik ini, ramai scammer mengambil kesempatan terhadap golongan yang kurang berpengetahuan dalam bidang teknologi seperti warga emas dan menipu wang persaraan mereka dengan menggunakan perkataan ‘pelaburan’. Terlalu banyak kes penipuan daripada warga asing yang menggunakan ‘pelaburan malaysia’ dan saya lihat mereka ini sangat aktif di Telegram.
Oleh yang demikian, elakkan terjebak dengan pelaburan-pelaburan yang mengelirukan dan sertai pelaburan melalui platform yang sahih dan dipercayai sahaja, sebagai contoh Wahed Invest. Wahed ini merupakan salah satu robo-advisor islamic yang diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia dan proses pelaburan juga sangatlah mudah dan pantas dengan hanya menggunakan aplikasi Wahed Invest yang boleh dimuat turun melalui Google Playstore atau Apple Appstore.
Anda boleh muat turun aplikasi Wahed Invest dan gunakan kod referral : AMIAZM98 untuk menerima RM10 bonus secara percuma. Muat turun aplikasi tersebut disini : https://app.wahedinvest.com/referral.
Setelah anda muat turun, anda akan diminta untuk memasukkan informasi berkaitan untuk pendaftaran akaun serta gambar dokumen seperti kad pengenalan dan selfie untuk proses pengesahan akaun. Setelah akaun anda telah aktif, anda boleh mula untuk membuat pelaburan dengan serendah RM100. Proses tambahan pelaburan biasanya mengambil masa dalam 1-2 hari dan anda akan dapat lihat prestasi pelaburan anda setelah 1-2 hari tambahan pelaburan.
Seperti namanya, pelaburan, sudah pasti ada untung dan rugi. Di dalam aplikasi Wahed Invest juga sebelum membuka akaun pelaburan, terdapat beberapa soalan survey yang akan ditanya kepada pengguna untuk mengenal pasti risiko pelaburan yang sesuai dengan citarasa pengguna. Saya sertakan video daripada Dr Adam Zubir berkaitan Wahed Invest dibawah.
Sekiranya anda baru mahu bermula untuk berjinak-jinak dengan pelaburan, saya sangat sarankan untuk anda mulakan dengan platform pelaburan seperti Wahed Invest untuk anda lebih memahami proses serta pasaran dalam pelaburan sebelum anda mencuba platform pelaburan lain yang memerlukan kemahiran dan teknikal.
Muat turun aplikasi Wahed Invest dan gunakan kod referral : AMIAZM98 untuk menerima RM10 bonus secara percuma. Muat turun aplikasi tersebut disini : https://app.wahedinvest.com/referral.
ASB – Simpanan atau ASB Financing ? Baca disini : https://amirazman.my/simpanan-asb-vs-asb-financing.
Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.