KehidupanTeknologiTelekomunikasi

Berbaloikah Telefon Pintar Tanpa GMS

Berbaloikah Telefon Pintar Tanpa GMS

Isu berbaloikah telefon pintar tanpa GMS iaitu Google Mobile Services ini adalah rentetan daripada kerajaan Amerika Syarikat yang melarang mana-mana syarikat di Amerika Syarikat untuk berurus dengan Huawei. Huawei merupakan antara pelopor yang paling terkemuka dunia dalam telekomunikasi yang kini sedang giat membangunkan rangkaian 5G di serata dunia.

Memandangkan Google juga turut terkesan dengan larangan ini, menyebabkan  Huawei tidak lagi dapat menggunakan Google Mobile Services untuk telefon pintar mereka yang akan datang. Pendekatan daripada itu, Huawei masih dalam proses untuk mengeluarkan sistem operasi mereka sendiri untuk mengelakkan daripada bergantung dengan Google yang dikenali sebagai Harmony OS secara global.

huawei appgallery

Diantara ikhtiar yang mereka lakukan adalah dengan membangunkan Huawei Mobile Services yang memberi akses kepada Huawei AppGallery, Huawei ID dan juga Huawei Themes buat masa ini. Huawei memberikan tawaran yang menarik kepada syarikat-syarikat besar yang ingin menyediakan aplikasi mereka di Huawei AppGallery memandangkan mereka memerlukan pembangun aplikasi untuk memperbanyakkan lagi aplikasi pada platform mereka.

Diantara aplikasi Google Mobile Services yang tidak lagi dapat disertakan pada telefon pintar Huawei yang akan datang, seperti yang terjadi kepada Huawei Mate 30 Pro (walaupun masih menggunakan sistem operasi android) ialah :

  • Google Search
  • Google Chrome
  • Youtube
  • Google Playstore
  • Google Drive
  • Gmail
  • Google Maps
  • Google Photos
  • Google Duo
  • Google Play Music

google mobile services gms

Kehilangan Google Playtore untuk sesebuah telefon pintar menggunakan sistem operasi android merupakan kehilangan terbesar walaupun terdapat cara pemasangan aplikasi secara manual seperti mendapatkan .apk aplikasi tersebut di mana-mana laman web yang mana terdapat kemungkinan terdapat virus atau sesuatu yang boleh melemahkan/menghendap penggunaan sistem telefon pintar anda.

Selain itu, berkemungkinan juga terpaksa untuk menggunakan aplikasi klon sebagai contoh Huawei sendiri mempunyai aplikasi Phone Clone untuk klon aplikasi kepada telefon pintar Huawei yang lain. Walaupun begitu, terdapat permasalahan juga memandangkan tidak kesemua aplikasi boleh diklon begitu sahaja seperti aplikasi Online Banking dan sebagainya yang mempunyai sekuriti penggunaan ditahap yang tinggi.

Anda boleh lihat video daripada Fazli Halim berkenaan Huawei Mate 30 Pro tanpa Google dibawah :

Buat masa sekarang, dilihat Huawei kebanyakannya ‘mengitar semula’ teknologi mereka yang sudah berdaftar sebelum ini dan cuma membuat sedikit penambahbaikan untuk menggunakan Google Mobile Services pada peranti pasaran global mereka. Ketiadaan GMS mungkin bukan masalah untuk pengguna di China tetapi untuk pengguna global, ianya adalah sangat penting dan majoriti pengguna global menggunakannya sebagai aplikasi harian.

Kesimpulannya, sekiranya anda tidak menggunakan aplikasi-aplikasi yang disediakan oleh Google Mobile Services seperti Google Playstore, atau aplikasi yang anda gunakan sudah boleh dimuat turun di Huawei AppGallery, anda tidak perlu risau dengan penggunaan telefon pintar tanpa GMS. Jika spesifikasi telefon pintar tanpa GMS itu adalah keutamaan dan tidak mengganggu aplikasi harian normal anda, maka pembelian telefon pintar tersebut adalah tepat untuk anda.

Apa pula pendapat anda mengenai isu telefon pintar tanpa Google Mobile Services ini ? Berbaloi atau tidak ?

Jom baca pengalaman diban oleh Whatsapp disini : https://amirazman.my/pengalaman-di-ban-oleh-whatsapp.

Dapatkan simkad dan RM20 daripada Yoodo disini : https://topupniaga.com/simkad-dan-rm20-percuma-daripada-yoodo

Leave a Comment