BisnesDuit OnlineSosialTeknologiTelekomunikasi

Cabaran Perniagaan Telco

Cabaran Perniagaan Telco

Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak cabaran dan menjalankan perniagaan telco atau niche telekomunikasi ini kepada umum. Diharap perkongsian ini dapat menjadi iktibar dan sebagai maklumat tambahan kepada anda dan semua ini adalah pengalaman saya berurusan secara online.

Niche telekomunikasi ini mempunyai audience yang agak besar, penggunaan telekomunikasi bukan sahaja digunakan oleh orang dewasa, malah kanak-kanak juga tidak terkecuali menggunakannya. Telefon pintar, pelan simkad, tambah nilai dan sebagainya sering digunakan oleh masyarakat lebih-lebih lagi dengan teknologi internet yang semakin hari semakin diterima umum penggunaannya berbanding dahulu.

Oleh itu, apabila menguruskan secara atas talian ini, terdapat pelbagai karenah daripada kanak-kanak sehinggalah yang berumur memandangkan perhubungan sosial itu mudah dicapai walaupun tidak pernah mengenal antara satu sama lain. Kegiatan jenayah secara online seperti penipuan dan sebagainya juga boleh berlaku dengan mudah dan dianggap ‘untracable’ secara umum.

Cubaan scam/penipuan dengan meminta topup secara percuma atau bagi topup baru bayar memang terlalu banyak. Sehinggakan ada yang membuat ugutan bunuh semata-mata ingin mendapatkan topup secara percuma. Ini memang berlaku. Sebelum ni memang ada beberapa lagi ugutan saya terima tetapi rasanya dah boleh buat compilation kot. Supaya orang yang google details mereka ini akan tahu dan berjaga-jaga dengan mereka.

ugutan wasap topup

ugutan rogol whatsapp

Senarai Ugutan Peniaga Topup (akan dikemaskini dari semasa ke semasa).

  • 0166764530
  • 01114381095

Berkenaan margin keuntungan perniagaan topup pula, tidaklah tinggi berbanding produk lain. Saya seringkali menasihatkan dealer dan agen agar tidak mudah terpedaya dengan taktik-taktik kotor scammer ini seperti :

  • Menyamar sebagai admin/owner sistem topup dan promosi yang tidak masuk akal. Nombor tak kenal, jangan terus percaya. Mereka boleh menyamar jadi sesiapa termasuklah ahli keluarga.
  • Topup dulu baru bayar atau urgent memerlukan topup dan ingin bayar akan datang.
  • Apa-apa aktiviti yang meminta anda menukar password atau memberikan password kepada mereka.

Sebelum ini terdapat beberapa posting yang saya buat berkaitan sebagai contoh :

Ada juga kes dimana pelanggan mengatakan topup tidak masuk atau sebagainya. Perkara ini perlulah dirujuk kepada helpline atau careline sistem yang anda gunakan atau rujukan terus kepada syarikat telekomunikasi yang terlibat. Saya selalu menyarankan peniaga topup untuk menjual topup secara ‘eload’ untuk mengelakkan masalah sebegini. Syarikat telekomunikasi juga kebiasaannya tidak akan mendedahkan info dengan terperinci disebabkan oleh privasi pengguna.

Perniagaan yang menggunakan sistem memerlukan pengguna sistem untuk mengetahui bagaimana cara untuk menggunakannya untuk mengelakkan daripada berlakunya kerugian. Terdapat kejadian seperti peniaga tidak sedar mereka telah membuat pembelian tambah nilai sehingga ratusan ringgit dan menganggap transaksi tersebut tidak berjaya apabila terbaca perkataan ‘failed’. Terdapat pelbagai kemungkinan, dan perkara yang seringkali berlaku ialah sistem gagal ‘print’ informasi yang sepatutnya pada tempoh masa yang tertentu disebabkan oleh limitasi memori, telefon, sistem bluetooth atau sebagainya.

Saya sangat berharap agak peniaga-peniaga niche telekomunikasi sentiasa berwaspada dan boleh jadikan post yang saya senaraikan diatas sebagai input pengalaman dan panduan untuk mengelakkan daripada ditipu oleh scammer-scammer diluar sana dan post cabaran perniagaan telco ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Cara Menebus RM50 ePENJANA : https://amirazman.my/cara-menebus-rm50-epenjana.

Cara Menggunakan ePENJANA di Shopee : https://amirazman.my/cara-guna-ewallet-di-shopee.

Leave a Comment