Review Vinnfier Icon 808 BTR ini saya rasakan perlu walaupun speaker ini berharga bawah daripada RM50. Saya beli pun rushing dalam 4-5 bulan lepas untuk setup workstation ‘pantas’ tanpa lihat spesifikasi penuh.
Ya, saya ketahui yang speaker ini mempunyai Bluetooth pun setelah lebih sebulan saya guna. Memang beli sebab nak asalkan workstation ‘ada bunyi’. Jadi feature-feature yang ada memang lambat tahu sebab tak berapa ambil port sangat.
Ni pun tengah nak buka website Vinnfier, kemain loading slow sangat-sangat. Rasanya website atau hosting mereka ada masalah. Lebih 5 minit tak habis-habis loading lagi (cubaan pada 14 September 2020). Laman web Vinnfier : https://vinnfier.com.
Straight to the point :
- Fungsi Bluetooth memang working. Tapi jangan expect low latency sebab memang akan delay. Boleh connect guna telefon pintar dan sebagainya. So kalau nak buat speaker untuk main game using Bluetooth, memang tak sesuai. Even tengok Youtube/Movie pun akan ada rasa delay. Kalau guna AUX line-in, no problem dengan masalah latency.
- USB port yang ada pada controller jika nak guna untuk data transfer rasanya tak boleh sebab tak detect. Tapi kalau setakat nak guna sebagai power source sebagai contoh RGB lighting, desk lamp atau sebagainya no problem.
- Memang ada fungsi FM Radio tapi tak pernah lagi cuba. Maybe need antenna or kena searching siaran untuk guna.
- RGB tidaklah seperti dalam gambar (multiple colour), hanya pertukaran dari satu warna ke satu warna yang lain dan tidak boleh dikawal. RGB lighting boleh dimatikan menggunakan controller.
- Sound memang superb dan bass memang boleh pergi, berbaloi dengan harganya bawah RM50.
Since saya memang gunakan AUX line-in, dan memang rarely guna fungsi Bluetooth so memang enjoy menggunakan speaker ini, kecuali satu perkara. Speaker ini ada sedikit bunyi white noise. Tak tahu apa itu white noise ? Lihat video dibawah.
Mulanya saya ingatkan speaker yang saya gunakan ini ‘faulty’ dan orang lain punya maybe tiada isu ini. Rupa-rupanya pengguna lain juga ada komen isu yang sama.
Berkenaan RGB lighting pula seperti yang saya mention diatas, hanya perubahan satu-satu colour dan tidak boleh dikawal.
Buat masa ini, Vinnfier mempromosikan speaker ini dengan potongan lebih 40% dengan harga RM39.90 sahaja. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan speaker ini dengan harga yang lebih murah di Shopee.
Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan output speaker Vinnfier Icon 808 BTR ini walaupun terdapat sedikit white noise semasa menggunakannya, namun ianya masih boleh memenuhi kehendak penggunaan kebiasaan saya.
Kemaskini 22 November 2020 :
Saya telah ketahui mengapa isu noise ini terjadi. Sekiranya saya plug in USB pada PC/motherboard saya, akan ada noise. Tetapi jika saya plug in USB tersebut pada source luar seperti charger telefon pintar, tiada lagi masalah noise terjadi. Kurang pasti adakah masalah ini berpunca dari speaker ini sendiri, motherboard/PC saya atau arus elektrik/extension plug yang saya gunakan.
Senarai Scammer Tech Di Malaysia : https://amirazman.my/senarai-scammer-tech-di-malaysia.
Kelebihan Laman Web Dalam Perniagaan : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.