Kehidupan

Tutorial Block Ads Notification

tutorial block ads notification google chrome

Pernah mengalami masalah ads notification yang mengganggu paparan skrin ? Ingin ketahui bagaimana cara untuk block ads notification tersebut ? Pada post kali ini saya akan berikan tutorial ringkas bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut dengan ringkas dan mudah.

Kebiasaaannya ads notification ini aktif disebabkan oleh pengguna sama ada yang mengaktifkannya secara sukarela atau tidak. Kebanyakan kejadian yang berlaku, ads notification ini diaktifkan secara tidak sengaja iaitu melalui laman web yang ‘trick’ pengguna untuk accept atau klik, atau laman web iklan yang mengelirukan.

ads notification bottom right

Apabila anda menerima ads notification seperti gambar diatas pada bahagian bawah kanan, cara untuk block ads notification ini sangat mudah, anda hanya perlu melakukan beberapa langkah menggunakan Google Chrome. Caranya adalah seperti dibawah :

  1. Lancarkan Google Chrome dan klik pada Settings.
    setting google chrome
  2. Klik pada Advanced.
    google chrome advanced
  3. Klik Site Settings.
    site settings google chrome
  4. Klik Notifications.
    notifications google chrome
  5. Kemudian anda boleh add laman web atau pilih dan block laman web tersebut untuk mengelakkan daripada anda menerima lagi gangguan ads notification.
    block notifications google chrome

Selesai. Mudah kan ? Semoga tutorial post pada kali ini dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah ads notification yang annoying tu. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, boleh komen dibawah dan saya akan cuba untuk reply secepat mungkin.

Jom baca ‘Tips Buat Duit Online’ disini : https://amirazman.my/tips-buat-duit-online.

Jom baca ‘Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan’ disini : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Leave a Comment