Tutorial enable 5GHz WiFi Unifi ini adalah sambungan daripada post saya sebelum ini berkaitan dengan perbezaan kelajuan internet apabila menggunakan 2.4GHz dan juga 5GHz. Untuk ketahui perbezaan 2.4GHz dan 5GHz WiFi, anda boleh baca post tersebut disini : https://amirazman.my/speed-unifi-tidak-seperti-dijanjikan.
Baiklah, yang pertama sekali, anda perlu akses kepada router yang dibekalkan oleh Unifi. Semasa pemasangan Unifi 100Mbps, Unifi membekalkan saya router model D-Link DIR-842 dimana password untuk mengakses router ini kebiasaannya ada pada sticker dibelakang router tersebut. Anda boleh lihat pada bahagian ‘User Password’, kebiasaannya password tersebut menggunakan format sebegini : admin@xxxx.
Anda boleh cuba untuk buka 192.168.0.1 atau 192.168.1.1 dan ruangan Admin Password seperti diatas akan dipaparkan. Masukkan password ‘User Password’ anda dan klik Log In.
Setelah anda berjaya login, klik pada Settings -> Wireless.
Disini akan dipaparkan jenis Wireless yang disokong oleh model router anda, sebagai contoh paparan diatas menunjukkan model router ini menyokong 2.4GHz dan juga 5GHz. Anda boleh enable/disable wireless tersebut pada paparan ini. Penukaran password WiFi anda juga boleh dilakukan pada paparan ini. Setelah perubahan dibuat, klik pada butang Save dan router anda akan reboot dengan konfigurasi yang telah anda tetapkan.
Jika status : Enabled kedua-duanya seperti diatas, bermaksud anda telah mengaktifkan kedua-duanya. Hanya peranti yang menyokong 5GHz sahaja yang akan memaparkan availability bagi 5GHz manakala 2.4GHz boleh digunakan oleh pelbagai jenis peranti yang menyokong wireless connection.
Video dibawah mungkin boleh membantu anda memahami bagaimana cara untuk mengaktifkan 5GHz Wifi Unifi :
Dapatkan UGREEN Cat 6 Ethernet Patch Cable disini : https://shope.ee/7KQrYjn1iS.
Pengalaman Pemasangan Unifi : https://amirazman.my/pengalaman-pemasangan-unifi.
Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.